Pages

Wednesday, 26 December 2012

Bercuti Di Cameron Highland

Assalamualaikum,
hari ni selasa, cuti laa ....krismas day gitu .....nasib baik ada lat top ni, dapat laa layari internet dan buat blog ni .....lat top ni pun sebenarnya baru beli ! ! hari ahad baru ni, 23 disember hari tu. Iya laa, kan dapat bonos ! syukur laa ....
Arina pun dah habis exam SPM, si Eija pulak baru daftar semester tiga di politeknik Sabak Bernam. Awal disember lepas, pada 9 dis lalu saya sekeluarga bercuti di Cameron Highland. Menginap di Century Pines Resort, Tanah Rata selama 3 hari 2 malam. Memang best laa. Tak kira laa ....walau cuti cuti kat tanah tinggi tempat sejuk, macam tak sesuai pulak. Dah laa akhir tahun ni musim hujan, bercuti pulak kat tempat sejuk,biar le janji seronok ! !
Dah lama sebenarnya nak bercuti ke Cameron Highland, dari si Eija sekolah teknik Padang Rengas.Selalu tu, ambik Eija kat sekolah teknik lalu le kat Simpang Pulai dan terus lalu Cameron Highland turun kat Tapah.Jadi tak merasa bermalam di Cameron Highland, jadi tempat laluan jee .... hee, kelakar kan ! ! Bercuti kali ini, siap booking hotel lagi, dah ada kemudahan melalui internet kan, apa lagi guna jee la. Memang berbaloi le, hotel bagus, masa pun panjang, dapat le ronda2 kat Brincang dan Tanah Rata. Bilik hotel pun selesa amat, bersantai habis laa ......
Hari Ahad 9 disember tu, bertolak dari rumah lebih kurang pukul 9.00 pagi. Singgah kawasan rehat Rawang, ambil sarapan pagi,punya laa ramai manusia. Gitu laa Malaysia bila hujung tahun dan cuti sekolah pulak, dah jadi satu budaya pulak, mesti ramai orang ! ! Sampai Simpang Pulai, kereta tak lah banyak jugak, tapi bila tiba Kg. Raja mula la banyak kenderaan, sampai pulak kat Brincang lagi banyak kenderaan ..... berpusu-pusu mengalahkan KL le ...... Tiba hotel Century Pines Resort dah pukul 3.00 petang ....... tapi teruja punya pasal, tak terasa penat perjalanan pun ....... masuk bilik hotel, mak oii....... teruja lagi sebab selesa sangat, luas, besar dan cantik ....... malah malam tu juga si Eija bersemangat bawa kami pergi pasar malam di Brincang ! ! Pasar malam Brincang memang best, macam2 makanan dan gift cenderamata ada, lagi dengan harga yang amat berpatutan, tak rugi shopping kat sini. Rupa2nya kat Pasar Malam ni banyak hotel2 untuk menginap, baru tau ! ! lain kali boleh tempah hotel kat sini jee .......
Pagi Isnin pulak saya dengan anak2 jee keluar pergi Brincang lagi, nak pergi Strawberry Park. Suami tinggal di hotel, penat katanya nak berehat dalam bilik jee. Walau cuaca redup dan hujan gerimis, tapi puas hati la dapat melawat Strawberry Park dan singgah gerai jualan berbagai pakaian, key cain, makanan dan pelbagai cenderahati.
Malam pulak, berehat di ruang legar Century Pines Resort sambil ambil angin menikmati pemandangan malam hari persekitaran hotel. Hemmm ...... sedapnya menghirup udara segar di persekitaran hotel dengan angin sepui2 bahasa dan menikmati pemandangan indah dan mendamaikan.
Century Pines Resort - hotel penginapan di Tanah Rata
Pagi selasa, sarapan pagi bersama suami dan Arina, kenyang sangat, sebab balun jee makanan yang ada,spageti, nasi goreng, roti bakar, bubur, desert dan salad buah2an ...... hemmmm mana tak kenyang kan. Dalam perjalanan balik, singgah dan bergambar sakan laa kat ladang tea.Memang best laa percutian di Cameron Highland ni, boleh datang lagi bercuti di sini, tak rugi ! !

Ladang Tea - Cameron Highland

Bersama Eija

Eina - di ladang tea

bersama suami 

Eija & Eina berpayong dekat parking kereta Tea Ested

Cafe ladang Tea Cameron Highland

Happy si Eija ! !

Senyum manis si Eina

suami isteri bercuti di Cameron Highland

Saturday, 1 December 2012

Selamat Pengantin Baru

Salam sejahtera,
cuti2 gini,banyak laa undangan perkahwinan yang diterima ..... saudara-mara, sepupu sepapat, sahabat handai dan tak lupa juga artis2, baik artis malaysia mau pun artis luar negara. Esok dah masuk bulan disember 2012. Kita dah nak tinggalkan tahun 2012 pula.
Cuti2 hujung tahun ni, memang ramai yang buat majlis perkawinan sana sini. Banyak sangat terima jemputan sampai tak tau nak pilih yang mana satu ? huu .... begitu laa trend cuti2 sekolah ,macam2 majlis laa diadakan sampai tak tau yang mana satu nak buat pilihan.
Pengantin Bollywood popular
Saif Ali Khan & Kareena Kapoor
Ok, mula sekali nak cerita perkawinan artis popular saperti Farid Kamil dengan Diana Daniel dan artis bollywood Saif Ali Khan dengan Kareena Kapoor.Paling menarik bagi saya, tentu laa kisah hubungan cinta antara Saif Ali Khan dengan Kareena Kapoor. Mereka merupakan couple paling popular bollywood.Hubungan mereka bukan satu rahsia lagi, malah  dimana2 pun mereka pergi, tak lepas dari publisiti meluas. Apa saje pergerakan mereka, menjadi bahan berita sensasi. Akhirnya, hubungan cinta mereka sampai jua ke kemuncaknya pada 16 Oktober 2012, bilamana dengan rasminya kareena dan saif telah mendaftarkan perkawinan mereka di mahkamah sivil pendaftaran perkawinan.Jom kita layan foto2 mereka ..... jommmm .....
Namastee .... sekarang Kareena aku punya!

Saif dan Kareena hapy .... sah suami isteri .....

Kareena dan Saif dalam kereta perkawinan utk majlis mereka

cantik kan pengantin popular - Kareena Kapoor

Dan di bawah ini pula foto2 perkawinan Farid Kamil dengan Diana Daniel
senyum bahagia pengantin baru Farid Kamil dan Diana Daniel

Kau milikku - itu agaknya kata Farid Kamil

Moga bahagia hingga akhir hayat Farid  &  Diana

Sunday, 25 November 2012

Masjid Putrajaya

Assalamualaikum
pejam celik, sekarang dah nak masuk hujung tahun 2012.Begitu laa masa berlalu ..... tenguk kat cermin, wow! dah banyak sangat uban di kepala ! ! itu menandakan semakin dekat kita nak bertemu dengan Tuhan!
manusia mesti ingat ....'Mati itu Pasti' ..... semua yang hidup akan mati, termasuklah alam ini akan hancur dan musnah bila datang hari kiamat. Ni.... sebenarnya nak cerita pasal kursus jenazah yang saya hadir pada 20hb. November (Selasa) 2012 yang lalu.
Kursus jenazah ini diadakan di Masjid Putrajaya dengan kuliah pertama mengenai ziarah orang sakit dan seterusnya memandikan dan mengkafankan jenazah.Bagus gak kursus ni .... ini kan fardu kifayah.Pergi kursus jenazah ni mengingatkan kita, tiada yang kekal di dunia ini, jadi orang yang hidup kena laa uruskan orang yang dah tak ada, betul tak ? itu sebabnya menguruskan jenazah itu hukumnya wajib.
Pemandangan Masjid Putrajaya
Masjid Putrajaya
Masjid Putrajaya waktu malam

Sunday, 21 October 2012

Kelantan Juara Piala Malaysia 2012

Assalamualaikum,
tahniah negeri cik siti wan kembang, Kelantan yang jadi juara bolasepak Piala Malaysia tahun ini.  Tak lupa juga diucapkan tahniah buat pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menjadi naib juaranya ..... bukan mudah tu nak pergi ke perlawanan akhir piala Malaysia kan ..... Perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam malam tadi penuh debaran dan sengit kerana masing2 pasukan beraksi dengan penuh semangat juang yang tinggi. Memang tak rugi menuntunnya baik melalui tv, apalagi melihat secara live di stadium.
Tahniah ! tahniah ! tahniah !
Puas hati rakyat Malaysia menyaksikan satu perlawanan yang hebat dan terbesar bagi tahun 2012 dalam arena sukan tanahair. Begitu juga dengan penyokong2 kedua belah pihak yang seporting ..... hehehe .....kan bagus rakyat Malaysia .....
Juara Piala Malaysia 2012 - KELANTAN

Tahniah Kelantan ! !

Monday, 1 October 2012

Oh ... my girl ! ! !

Assalamualaikum
hari ni satu oktober 2012. Dah tiga suku tahun 2012. Tuu dia ... cepatnya masa meninggalkan kita yee ....
walau pun komputer ni buat hal jee, semangat nak bercerita berkobar2 ! ! ! .... pasal apa ? haa .... sebab sinetron astro ria  'NADA CINTA'  saluran 104 dah pun berakhir minggu lepas. Lega .... bukan main panjang berjela ceritanya, lepas satu bab ke satu bab, sampai 259 episod ! huh .... kenapa tak cukupkan 260 episod yee ......

Mikha Tambayong,(Nada Cinta) Randi Pangalila (Ricki) dan Michella Putri (Rasti)



Yang bestnya
selesai  ' Nada Cinta ' bermula pula sinetron ' Benci Jadi Cinta '. Kalau Nada Cinta beratus episod, Benci Jadi Cinta pula, ciplak dari drama Korea paling popular 2005 , ' My Girl ' ok, sama2 kita nuntun drama bersiri ini versi Indon yaa ....



Artis utama My Girl

Ju_Yu_Rin dan Seol_Gong_Chan watak utama My Girl

Hero heroin My Girl

Drama Korea paling popular 2005  'My Girl'

oh .... My Girl

kacaknya hero ... cute heroinnya ....

bestnya My Girl

nakal betul my girl !

comelnya Ju-Yu-Run si My Girl

smart & handsome Seol-Gong-Chan

aksi menarik drama korea My Girl

poster popular  'MY GIRL'


Friday, 28 September 2012

Salam Sejahtera Semua

Assalamualaikum
salam sejahtera semua ..... lama benar tak update blog ..... apa khabar ? moga semua dalam lindungan Allah hendaknya.Sejak ucapan raya dulu sampai lee hari ni, cukup berat nak menulis dalam blog, macam2 masalah pulak.

Yang pertama,
mesti lee komputer buat hal. Komputer kat rumah tu dah tak boleh save laa pulak, jadi rugi laa, taip tak boleh nak simpan ..... penat jee laa buat ayat bagus2 dan panjang, tak dapat nak sambung pulak cerita, tu laa pasal .....

Yang kedua,
kerja kat opis tu, banyak laa pulak, sampai kat rumah tak duk ngadap komputer, penat badan, faham2 jee balik rumah, masak laa, mengemas laa, dobi kain baju ....... huuu tak sempat laa nak buka blog, tu yang tak update blog sampai sekarang ! ! hehe ..... macam laa sibuk sangat ..... tapi, satu hal kena ingat, dah berumur ni, badan cepat lelah, buat kerja sikit dah sakit sana sini, tu sebab lepas jee solat isyak terus tertidur, sampai ada masa, tertidur depan tv jee.

Yang seterusnya .....
apa lagi ...... penyakit  M ... A ...L ... A ... S ... tu laa sebab2 kenapa
lama tak update blog.

Ok,
tak pe laa .... nak cerita pun, tak ada cerita, walau sebenar, banyak nak dikisahkan. Tunggu2 jee laa, kalau komputer kat rumah tu dah repair baik punya, sambung cerita lagi.

Sunday, 12 August 2012

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum
dah nak raya pulak kita ni, kan ..... tu laa masa berlalu ..... semalam puasa ..... esok dah raya ! ! ! hee ..... cepatnya masa berlalu. Jangan tak tau, membongkar kertas2 lama dalam almari, nanti terbuang pulak segala hazanah lama kita, tenguk2, ini rupanya surat beranak aku ..... hitung2 pulak dah berapa lama usia kita ...... hee ..... dah nak masuk 55 tahun ! ! !  alamak ..... betul ke ni ..... pandang2, jeling2, dah lama rupanya aku hidup kat dunia ni! ! ! ! ....... lihat keliling ..... ape yang aku ada ...... rumah sekangkang kera ....... anak2 .....cuma sorang, dua ..... hee .....sedih! sedih ! dan yang paling manusia mudah lupa ...... ape bekalan kita nak menuju ke alam sana, alam barzah yang kekal  abadi untuk selama-lamanya ! ! ! ........ bukan tujuan menakut-nakutkan ....... cuma satu ingatan untuk kita menyediakan payung sebelum hujan ! !
Selamat Hari Raya yee .... maaf zahir dan batin

Hari raya tinggal tak berapa lama lagi, persiapannya, mak oiiii ....... dah lama kita bersedia ! betul tak ni ? jangan laa cuba menidakkan, jangan temberang ! rata2 dan sedia dengan baju raya, kueh raya, program raya dan 1001 macam persedian lagi ....... haa ...... begitu ghairahnya manusia menyambut hari raya, kenapa lah tak peduli bila  izrael datang memanggil ?
Ok, maap laa yee ..... akak tu cuma nak sedarkan anak2, adik abang, kita manusia ni jangan ikutkan sangat nafsu tu ..... dalam menyambut tibanya Aidilfitri dan ramadan jangan lee nak membazir sana sini, pergi bazar ramadan, beli lauk-pauk berbagai,  dengan macam2 kueh-muehnya, dengan airnya lagi, bila tak habis, buang jee .... kan dah membazir tu ...... nak buat solat terawih, bukan main liat lagi ! ! patutnya dalam bulan ramadan yang berkat ini laa, kita memperbanyakkan pahala beribadat, bukan senang woi nak dapat ganjaran pahala berlipat kali ganda yang tak ada pada bulan2 lain.Kita ni pun bukan tau ajal maut , entah dapat tidak kita berpuasa dan beraya lagi tahun depan ! ! ! wallahhualam ....... Allah gua yang mengetahuinya segalanya.
Kad raya iluvISLAM

upin ipin pun ucap Aidilfitri untuk anda semua ! !

Jadi, dalam kesempatan ini, akak dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan Aidilfitri kepada semua pembaca tak kira di mana berada, jauh dekat, dalam Malaysia, luar negara, di mana jua berada  ' Selamat Hari Raya Aidilfitri ' mohon maaf terkasar bahasa, tersilap kata, tersentuh rasa, terguris perasaan, harap halalkan makan minum, segala perbuatan yang menyinggung perasaan dan hati, sama2 kita berdoa, moga dipanjangkan umur, murah rezeki dan diberkati dunia akhirat ..... AMINNNNNN .......
sempena Aidilfitri biskut raya tetap jadi juadah

ni .... apa pulak .... cuma kad raya !

Aidilfitri menjelang .... tinggal laa Ramadhan ....

macam-macam kad ucapan raya

hee .... kartun pun ucapkan Aidilfitri ....

ni lain sikit ..... corak batik kad raya

Selamat menyambut Aidilfitri, maaf zahir dan batin ... moga bertemu lagi