Pages

Tuesday, 26 June 2012

'BODHIDHARMA'

Assalamualaikum
minat sejarah tak? Kita belajar hidup sebenarnya melalui sejarah, tak pecaya?Dari sejarah, kita tau asal usul kita dan melalui sejarah, kita dapat memperbaiki kehidupan dan mempelajari ilmu lebih baik untuk generasi kita akan datang.
Dari timur ke barat dan barat ke timur, sejarah telah membongkar segala rahsia alam, baik di bumi mau pun di langit. Ilmu Allah sangat luas, sedalam lautan dan setinggi langit.Renung lah bintang di langit, pasti kita teruja, selesai hujun turun, muncul pula pelangi yang penuh warna warni, cantik bukan ! .... Jadi, jangan sia-siakan kehidupan dunia yang sementara ini. Berbuat baik lah dengan semua orang, berbakti kepada ibubapa dan taburkan bakti untuk diri, keluarga dan negara tercinta.
Amboi mak .... nak cerita apa ni? panjang benar mukadimahnya ..... hehehe ..... saspen ....tanya lagi ni,banyak2 negara, negara mana yang paling banyak sejarahnya .... China, India, Eropah ke? haa .... ni nak cerita pasal India la, apa macam, nak tak?
Dalam masa terdekat ni, ada nuntun movie 7aum arivu, jangan tak tau, ini sebuah movie tamil yee ....hee apa istimewanya? haa .... inilah yang nak cerita ni ....best tu,  ...kisah tentang wabak penyakit yang berlaku di India, tapi pembawa wabak penyakit ini datang dari negara cina ! ! wau, apa kes pulak ni .....penyakit ini muncul di India semata-mata untuk membunuh keturunan Bodhidharma ! !
Bodhidharma dari dinasti Pallava India
Sape lah pulak Bodhidharma ni?..... inilah pentingnya sejarah ! ! haa, nampak tak ....Bodhidharma ni seorang raja tamil dinasti Pallava abad ke 5 yang beragama buddha. Beliau telah di arahkan oleh gurunya pergi ke China. Setibanya di China,Bodhidharma tidak di terima oleh penduduk kampung  tetapi bila beliau dapat mengubati penyakit seorang kanak2 perempuan , mereka telah melantiknya menjadi ketua .
Bodhidharma bukan sahaja seorang dukun, malah telah mengajar penduduk cina tersebut seni pertahanan diri 'shaolin' ....sayang ....beliau telah diracun, lalu membawa kepada kematiannya.
bersama kanak2 perempuan yang diubatinya

Namun tidak dinafikan sumbangannya kepada sejarah negara cina, agama buddha menjadi agama pegangan penduduk cina hingga kini dan seni pertahanan diri 'shaolin' menjadi satu budaya bagi orang cina ..... ini laa kehebatan raja india yang cuba disampaikan melalui movie ini ! ! percaya ke tidak ni? haa .... sejarah tidak boleh ditipu ....begitu juga sejarah adam dan hawa, sepasang manusia pertama yang menjadi ibu ayah manusia sekarang ! ! begitu hebat perancangan Allah, semua kejadian bersebab dan ada akibatnya .....

poster movie  7aum arivu





Monday, 18 June 2012

Kursus ooo ... kursus ....

Assalamualaikum
Saya baru habis kursus minggu lepas. Kursus Pengurusan Pejabat selama 3 (tiga) hari di Hotel Seri Malaysia Genting Highland, dari hari selasa 12hb. jun 2012 hingga khamis 14hb. jun 2012. Sebenarnya ... saya lansung tak berminat dengan kursus ni .... huhhuuuuu .... tolong ! ! ! memang kena berterus terang bagitau ni ..... tapi, apalah daya, nak cukupkan quata kursus setahun, redha jee laa....
tempat penginapan kursus, Hotel Seri Malaysia Genting Highland

Bukan nak tunjuk lagak atau engkar arahan .... hakikatnya, dah berkali-kali hadir kursus yang sama saban tahun, mana tak boring giler kan ? hai laa nasib labu labi ! ! ! Kursus nya tetap perkara yang sama, cuma penyampaiannya tentu laa berbeza sebab fasilitator, tempat dan pesertanya orang yang lain. Memang betul, dapat berkenalan dengan penceramah dan adik2 baru satu kementerian, tapi setakat mana laa perhubungan itu? tak sampai ke mana ! ! !
ruang tamu yang selesa

Ok, kebetulan, saya memang lama sangat tak jejak Genting Highland, kalau tak salah, kali terakhir masa  si Eija umur setahun lebih ! ! kira laa berapa lama tu, Eija sekarang dah 21 tahun lebih ! ! huuu lama tu weh, kalau orang kawin entah berapa orang anak dah ......
Apa laa yang seronok kat Genting tuuu ... mungkin yang bujang trang tang-tang, best la kut .... tapi bagi yang dah kawin, ada anak pulak .... sory ! .... masa balik dalam bas, driver bas offer nak round2 Genting, semua menolak .... hehee .... semua nak terus balik, tak sabar nak jumpa suami, isteri dan anak2.... haa ... ambik kau ! ! ! masing2 tak sabar nak sampai rumah .... heheee ....


Genting Highland memang tempat yang cantik .... memang sesuai untuk orang muda berlibur .... hehee ..... tak bermakna orang tua macam saya ni .... tak boleh pergi pulak ! ! hahaa .... tunggu, tunggu, belum habis cakap lagi .... nak relak2 ...ok ... no hal punya ....boleh jee, apa pulak masalahnya, ada duit, semua boleh kannnnn ..... suka tu, lihat pemandangan kat situ, sejuk mata, tenang hati .... hotel pun banyak pilihan, pilih je mana suka .... asal berduit, tak gitu?
Ok ... apa2 pun, terima kaseh la kat bos saya tuuuu .... kerana beri peluang  berkursus di tempat yang berprestej macam tu .... walau saya ni, rasanya macam tak perlu jee nak hadir kursus2 lagi. iya laa, dah nak pencen pun .... memang tak ada mood lagi .....huhuuu .....

Friday, 8 June 2012

Seronoknya lalu jalan kampung dan jumpa opah ! !

Assalamualaikum
Hari Sabtu yang lalu 2hb. Jun 2012, saya dan keluarga balik kampung di Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak. Kami tidak melalui lebuhraya utara-selatan saperti biasa. Tetapi melalui jalan Kuala Selangor-Sabak Bernam-Sitiawan-Kuala Kangsar .... jalan tanpa tol, tapi minyak kereta laa yang parah sikit. Bagaimana pun, kami sekeluarga enjoy sangat, walaupun meredah jalan berliku-liku dan gelap ! !
halaman kampung tenang dan damai

rumah idamanku bila besara nanti ....

Kami tiba kampung, dah jam 8.30 malam. Bertolak dari Politeknik Sabak Bernam selepas solat asar. Si Eija seronok sangat dah tiba kampung sampai sanggup berlapar ! ! Eija dari Sabak Bernam tak makan apa2 pun,punya laa exited you ...... suami pulak makan tengahari di Kuala Selangor , belikan nasi goreng untuk si Eina dan Eija, Eina sorang jee makan, si Eija asyik laa nak cepat sampai kampung ! ! Eija pulak yang memandu kereta dari rumah, Taman Tun Teja sampai laa kampung, punya laa tahan perut anak dara saya tuu ..... hee ..... darah muda, gitu laa .... macam suami masa muda2 dulu sanggup berlapar sebab nak jumpa saya kat kampung tuu .... hehee .... gitu laa semangat muda kan.

masjid di Bukit Chandan Kuala Kangsar



Trademark 'pekan kuala' JAM BESAR

Galeri Sultan Azlan Shah 



Homestay Kuala Kangsar

Labu Sayong Kuala Kangsar

Resort  Sungai Perak di Kuala Kangsar

Eh ! ada ultraman kat Jambatan Kuala Kangsar ke Sayong !

Laksa Pak Ngah mengancam sangat ....

Heehe ... ais blend pun ada kat Kuala .... caya laa

Kami sekeluarga di kampung tak lama, hari Isnin dah balik Rawang. Tapi kami singgah pulak di Ipoh, Taman Cempaka, jumpa opah saya.(emak arwah ayah saya) Alhamdulillah .... sihat lagi opah saya tu .....mulutnya tetap ramah bercerita itu ini dengan kami adik beradik. Terlerai juga rindu kami kepada opah. Adik bongsu arwah ayah, yang kami panggil Cu Die riuh rendah menjemput kami adik beradik datang lagi ke rumahnya hujung tahun ini untuk majlis kawin anaknya, sepupu kami. InsyaAllah, kami adik beradik akan hadir dan pulang ke kampung lagi awal Disember 2012 ini ........