Pages

Wednesday, 26 December 2012

Bercuti Di Cameron Highland

Assalamualaikum,
hari ni selasa, cuti laa ....krismas day gitu .....nasib baik ada lat top ni, dapat laa layari internet dan buat blog ni .....lat top ni pun sebenarnya baru beli ! ! hari ahad baru ni, 23 disember hari tu. Iya laa, kan dapat bonos ! syukur laa ....
Arina pun dah habis exam SPM, si Eija pulak baru daftar semester tiga di politeknik Sabak Bernam. Awal disember lepas, pada 9 dis lalu saya sekeluarga bercuti di Cameron Highland. Menginap di Century Pines Resort, Tanah Rata selama 3 hari 2 malam. Memang best laa. Tak kira laa ....walau cuti cuti kat tanah tinggi tempat sejuk, macam tak sesuai pulak. Dah laa akhir tahun ni musim hujan, bercuti pulak kat tempat sejuk,biar le janji seronok ! !
Dah lama sebenarnya nak bercuti ke Cameron Highland, dari si Eija sekolah teknik Padang Rengas.Selalu tu, ambik Eija kat sekolah teknik lalu le kat Simpang Pulai dan terus lalu Cameron Highland turun kat Tapah.Jadi tak merasa bermalam di Cameron Highland, jadi tempat laluan jee .... hee, kelakar kan ! ! Bercuti kali ini, siap booking hotel lagi, dah ada kemudahan melalui internet kan, apa lagi guna jee la. Memang berbaloi le, hotel bagus, masa pun panjang, dapat le ronda2 kat Brincang dan Tanah Rata. Bilik hotel pun selesa amat, bersantai habis laa ......
Hari Ahad 9 disember tu, bertolak dari rumah lebih kurang pukul 9.00 pagi. Singgah kawasan rehat Rawang, ambil sarapan pagi,punya laa ramai manusia. Gitu laa Malaysia bila hujung tahun dan cuti sekolah pulak, dah jadi satu budaya pulak, mesti ramai orang ! ! Sampai Simpang Pulai, kereta tak lah banyak jugak, tapi bila tiba Kg. Raja mula la banyak kenderaan, sampai pulak kat Brincang lagi banyak kenderaan ..... berpusu-pusu mengalahkan KL le ...... Tiba hotel Century Pines Resort dah pukul 3.00 petang ....... tapi teruja punya pasal, tak terasa penat perjalanan pun ....... masuk bilik hotel, mak oii....... teruja lagi sebab selesa sangat, luas, besar dan cantik ....... malah malam tu juga si Eija bersemangat bawa kami pergi pasar malam di Brincang ! ! Pasar malam Brincang memang best, macam2 makanan dan gift cenderamata ada, lagi dengan harga yang amat berpatutan, tak rugi shopping kat sini. Rupa2nya kat Pasar Malam ni banyak hotel2 untuk menginap, baru tau ! ! lain kali boleh tempah hotel kat sini jee .......
Pagi Isnin pulak saya dengan anak2 jee keluar pergi Brincang lagi, nak pergi Strawberry Park. Suami tinggal di hotel, penat katanya nak berehat dalam bilik jee. Walau cuaca redup dan hujan gerimis, tapi puas hati la dapat melawat Strawberry Park dan singgah gerai jualan berbagai pakaian, key cain, makanan dan pelbagai cenderahati.
Malam pulak, berehat di ruang legar Century Pines Resort sambil ambil angin menikmati pemandangan malam hari persekitaran hotel. Hemmm ...... sedapnya menghirup udara segar di persekitaran hotel dengan angin sepui2 bahasa dan menikmati pemandangan indah dan mendamaikan.
Century Pines Resort - hotel penginapan di Tanah Rata
Pagi selasa, sarapan pagi bersama suami dan Arina, kenyang sangat, sebab balun jee makanan yang ada,spageti, nasi goreng, roti bakar, bubur, desert dan salad buah2an ...... hemmmm mana tak kenyang kan. Dalam perjalanan balik, singgah dan bergambar sakan laa kat ladang tea.Memang best laa percutian di Cameron Highland ni, boleh datang lagi bercuti di sini, tak rugi ! !

Ladang Tea - Cameron Highland

Bersama Eija

Eina - di ladang tea

bersama suami 

Eija & Eina berpayong dekat parking kereta Tea Ested

Cafe ladang Tea Cameron Highland

Happy si Eija ! !

Senyum manis si Eina

suami isteri bercuti di Cameron Highland

Saturday, 1 December 2012

Selamat Pengantin Baru

Salam sejahtera,
cuti2 gini,banyak laa undangan perkahwinan yang diterima ..... saudara-mara, sepupu sepapat, sahabat handai dan tak lupa juga artis2, baik artis malaysia mau pun artis luar negara. Esok dah masuk bulan disember 2012. Kita dah nak tinggalkan tahun 2012 pula.
Cuti2 hujung tahun ni, memang ramai yang buat majlis perkawinan sana sini. Banyak sangat terima jemputan sampai tak tau nak pilih yang mana satu ? huu .... begitu laa trend cuti2 sekolah ,macam2 majlis laa diadakan sampai tak tau yang mana satu nak buat pilihan.
Pengantin Bollywood popular
Saif Ali Khan & Kareena Kapoor
Ok, mula sekali nak cerita perkawinan artis popular saperti Farid Kamil dengan Diana Daniel dan artis bollywood Saif Ali Khan dengan Kareena Kapoor.Paling menarik bagi saya, tentu laa kisah hubungan cinta antara Saif Ali Khan dengan Kareena Kapoor. Mereka merupakan couple paling popular bollywood.Hubungan mereka bukan satu rahsia lagi, malah  dimana2 pun mereka pergi, tak lepas dari publisiti meluas. Apa saje pergerakan mereka, menjadi bahan berita sensasi. Akhirnya, hubungan cinta mereka sampai jua ke kemuncaknya pada 16 Oktober 2012, bilamana dengan rasminya kareena dan saif telah mendaftarkan perkawinan mereka di mahkamah sivil pendaftaran perkawinan.Jom kita layan foto2 mereka ..... jommmm .....
Namastee .... sekarang Kareena aku punya!

Saif dan Kareena hapy .... sah suami isteri .....

Kareena dan Saif dalam kereta perkawinan utk majlis mereka

cantik kan pengantin popular - Kareena Kapoor

Dan di bawah ini pula foto2 perkawinan Farid Kamil dengan Diana Daniel
senyum bahagia pengantin baru Farid Kamil dan Diana Daniel

Kau milikku - itu agaknya kata Farid Kamil

Moga bahagia hingga akhir hayat Farid  &  Diana