Pages

Monday, 14 January 2013

Sepi Itu Indah .... ye ke ?

Assalamualaikum,
kejab tul masa berlalu kan .... dah pertengahan januari 2013 hari ni ...... saya di rumah punya laa sunyi ..... dua-dua anak gadis saya dah berjauhan, yang sulong di Sabak Bernam, yang bongsu di Kuala Selangor. Tinggal saya dengan suami jee ..... hee ..... bosan betul ! !
Begitu la perjalanan hidup ini. Berputar macam roda, kejab atas, kejab bawah, ada siang, ada malam, ada bulan, ada matahari ,ada bintang, kekadang muncul pelangi pulak. Inilah kehidupan. Sentiasa mencabar dan dicabar. Kita, manusia mesti pandai mengendalikan kehidupan kita, yang sebenarnya telah berjanji dengan Allah sejak dulu lagi. Kerana itu kita lahir dan hidup di dunia ini ! !
Drama ' DURI ' novel Fauziah Ashari


Bicara Hati juga dari novel



Sunday, 6 January 2013

Tahun Baru Datang Lagi - 2013

Assalamualaikum
dah 6 januari 2013 hari ni....... hari Ahad, nak masuk minggu ke 2 tahun baru 2013. Haa....kan kejab je masa berlalu. Usia makin meningkat, badan pun makin kecut.... kerepot sana sini ..... kalau masih tak sedar diri, tak tau nak kata apa ! ! ! ...... dunia ni sementara, akhirat tu yang kekal selamanya. Umur kita di dunia ni  pinjam pinjaman jee ...... tiba masanya pulang lah kita ke asalnya ....... dari tanah asal kejadian, tanah juga laa tempat kita dikembalikan !
Apa rancangan tahun 2013 ni ? Bagi yang muda2 tu ....... huu ...... macam2 laa perancangannya kan ! ! tapi jangan tak tau, tua macam saya pun macam2 perancangan ada ..... hehe ...... terutamanya nak menginjak usia persaraan ni ...... macam2 ada dalam kepala otak ni ....... pertama sekali rancang tentang rumah. Dah tentu lah nak duduk kampung halaman sendiri. Huu ..... tak sabar nak duduk kampung. Orang kata terkinja-kinja, tergedik-gedik ! ! huu ..... bestnya .....
pelan rumah 1

pelan rumah ke 2

pelan rumah ke 3 .... yang mana jadi pilihan ?

Ini la pelan2 rumah pilihan. Amacam ...... yang mana satu pilihan hati ....... hee, berangan laa kau, Ros ...... kata orang biar mati berangan dari kosong dan kosong ..... hehe ...... apa pun, semuanya ditangan tuhan. Kita boleh merancang jee. Cerita pasal rancang2 ni, tak salah kan, kita berangan, bercita2 tinggi. Semuanya   terpulang pada kita, bagaimana cara nak melaksanakan impian dan cita2 itu.
Tahun 2013 akan kita lalui, tahun 2012 telah kita lalui, ada apa perbezaan ke ? Tentu anda semua masih ingat kisah tragedi 2012 yang digembur2kan oleh dunia ...... dunia akan kiamat ! ! Nah ..... kita masih bernyawa saat ini, perjalanan dunia masih berputar siang dan malam. Matahari masih terbit di siang hari dan bulam masih mengambang di malam hari ....... yee ..... siapa laa kita untuk menentukan bila hari kiamat ! ! Itu lah manusia, tak habis2 nak menjadi tuhan di dunia ini. Pandai2 menghebahkan perkhabaran yang tidak pasti. Cukup laa kita dilantik menjadi Khalifah di bumi ini, memakmurkan dunia ini dan mentadbirnya dengan sebaik2nya.

Selamat Tahun Baru 2013