Pages

Sunday 12 June 2011

Steam Boot






Siapa suka makan steam boot ? Malam semalam , adik saya telah membawa saya sekeluarga makan steamboot. Emm ... memang lazat  sekali .... dan  bukan saya sekeluarga sahaja, malah adik beradik saya yang tinggal sekitar kawasan Lembah Klang semuanya bersama-sama menikmati makanan rebusan yang lazat ini. Memang seronok berkumpul adik-beradik ramai-ramai makan bersama-sama. Macam-macam kerenah dapat dilihat dalam pertemuan makan-makan ini. Yang kecil sampai laa dewasa, berbagai lagak dan perilaku , ada yang ralit dengan handphone, ada yang makan tak toleh kiri kanan dah dan ada yang asyik bersembang tak sudah sudah macam laa tak habis cerita mengalahkan hikayat seribu satu malam !


...... haa .... gitu laa kerenah kami adik beradik bila berjumpa. Seronok tu .... menghabiskan masa bersama-sama sambil menikmati hidangan panas yang sentiasa berasap. Dah habis steam boot, makan pula dessert, air batu campur pelbagai campuran dan aiskrim pemanis mulut. Memang kenyang perut dan hapening sangat-sangat .... terima kasih Lin ! Lin, adik saya ni memang suka sangat menjamu adik beradik makan sebegini, kalau tidak di rumahnya, bawa makan pulak kat restoran atau berkelah kat air terjun ke atau tepi laut ! Moga murah rezekinya !

Sebenarnya ada cerita di sebalik semua ini yang mahu saya kongsikan bersama anda semua ..... apa tu ?
 ..... hemmm ..... senang cakap, adik saya tu baru di anugerahkan APC ! ....... ini lah cerita yang mahu saya kongsikan bersama anda sekalian. Bukan apa, adik saya ini sudah berkerja lebih kurang lima tahun lamanya, sudah terima anugerah perkhidmatan, bagaimana pekerja yang telah berkhidmat lebih 20 tahun perkhidmatan masih belum juga menerima apa-apa penganugerahan ? kesian kan .... anda percaya tak, ada yang telah bekerja begitu lama, tetapi tidak pernah menerima apa-apa anugerah pun ! bukanlah saya cuba mempertikaikan penganugerahan itu tetapi itulah hakikat yang berlaku. Saya juga termasuk dalam golongan orang yang lama bekerja tersebut dan tidak pernah menerima anugerah sebegitu . Saya pun bukan jenis pekerja yang menonjol dan popular. Memang saya jenis yang cool dan senyap. Ini memang diakui oleh rakan setugas saya yang lain.Memang tercicir nama dan pandangan dari yang lain. Inilah diri saya. Tidak pandai bercakap, berbual dan menonjol diri di khalayak ramai. Memang menggigil kepala lutut saya jika bercakap depan orang ramai. Dalam kursus-kursus yang saya hadiri memang saya merupakan orang senyap ! Jangan salah sangka pulak dengan perwatakan saya yang sebegini. Bukan bermakna saya tidak bergaul mesra dengan rakan setugas saya yang lain tu .... senang cakap saya ni jenis low provile ! ! ! Opps .... saya dah melalut pulak ni .... ke laut ! ..... tadi kita bercerita pasal APC kan ? ok kita teruskan cerita. Sesiapa yang tidak pernah menerima APC bukan bermakna dia seorang pekerja yang tidak cemerlang. Betul tak ? Seorang pekerja yang telah dianugerahkan APC bukan pulak semestinya seorang pekerja yang cemerlang ! Sebenarnya payah nak diukur atau dinilai tahap kecemerlangan seseorang pekerja itu. Memang benar orang yang menilai prestasi kerja seseorang itu boleh menilai tahap pekerja seseorang itu yang hanya diberikan kepada seorang ketua. Bagaimana seorang ketua boleh menilai kerja kakitangannya jika dia seorang yang baru berkhidmat setahun menilai kerja seorang kakitangannya yang telah bekerja selama 20 tahun ? Kebetulan pulak kakitangan ini tidak pernah naik pangkat tetapi selama ini merupakan seorang pekerja yang baik,disenangi oleh semua rakan tidak kira pangkat, jarang berkira kerja, rajin dan selalu pula menolong rakan-rakan yang lain ? Inilah subjektifnya penilaian penganugerahan ini. Memang benar, garis panduan untuk itu ada, tetapi sejauh mana keberkesananya untuk diukur tahap penilaianya. Dari itu, sama-sama lah kita fikirkan sejenak ........

Friday 10 June 2011

SELAMAT HARI JUMAAT


Assalamualaikum semua!

Cepatnya masa berlalu. Baru rasanya hari Isnin. Tup-tup hari ini dah Jumaat rupa-rupanya. Erm... Apa yang saya nak buat hari ini ye? Kawan-kawan blogger ada idea tak? Jom la kongsi dengan saya...