Pages

Sunday 16 October 2011

KONGSI RESEPI



Assalamualaikum

Bertemu lagi kita di alam maya ... eh, betul ke tu? Belasah jee laa ...ada aku kisah ! ! ! hehehe ... dah mengajuk bahasa remaja tuu. Gitu laa remaja sekarang, lintang pukang tata bahasa dibuatnya. Tak terbuat , itu kata orang Perak pulak.Dah jadi macam rojak, semua campur, remaja punya taste, dewasa ada, muda ada .... keanakan pun ada ..... lantak kau labu ! !
Ni, nak berkisah macam2 cerita. Office ke rumah, rumah ke shopping kompleks .... hee ... macam2 ada. Nak mula mana satu pulak ni .... gini laa .... kat pejabat baru2 ni, ada jamuan .... makanan pun macam2 ada. Makanan melayu, masakan barat pun ada. Saya pulak bawa spageti . Tak sangka spageti saya tu laku ! sampai ada yang minta resepi. Okey untuk teman yang nak resepi spageti, saya dengan senang hati menurunkannya di sini untuk mereka .

Spageti

Bahan-bahan    

1 paket spageti                     
1 paket daging cincang
3 paket sosej  - potong kecil
6 biji bawang besar - hiris halus
1 cawan cili kisar
1 tin kecil tomato puri
sedikit sos tiram, sos tomato dan sos cili

Cara masak      
1.  Rebus spageti sampai lembut dan lumurkan minyak zaitun supaya ia tidak melekat                      
2.  Tumis bawang besar yang telah dihiris sampai baunya wangi.
3.  Masukkan daging cincang sehingga separuh masak
4.  Masukkan pula cili kisar dan masak campuran ini hingga cili masak
5.  Kemudian campurkan sosej dan gaul rata
6.  Akhir sekali campurkan semua sos dan digaul rata hingga masak
7.  Biarkan seketika dan bolehlah dihidangkan bersama spageti tadi

tufti frutti kegemaran Eina dan Eija
yummi .. yummi .. sedapnya ...
spageti ... hemmm ...lazat .....

lagi spageti ... sedapnya ...

Eija mendukung Nisrina
Bersama Eija di Kompleks Kraf K.L

Bersama Eina di Kompleks Kraf K.L.


Eina .... peace ! ! !

hidangan sup yang enak

pencuci mulut

Sunday 9 October 2011

Sabtu awal Oktober yang kecundang ....


Assalamualaikum

Dah seminggu bulan Oktober 2011 berlalu .... berhajat nak bertemu rakan2 lama zaman persekolahan dulu nampaknya tak kesampaian laa .... kesian ... apo nak dikato ... Hari sabtu minggu lepas betul2 SATU OKTOBER, saya dan keluarga (suami dan dua anak gadis) pergi kenduri kawin anak rakan kelas saya pada tahun1977. Huh ... dah berapa lama tu .... 34 tahun tuuuu. Konon nak laa jumpa semula rakan sekelas semasa form five sc. two SMBM Kuala Kangsar, sayang .... saya cuma jumpa tuan rumah jee laa .... itu pun masing2 terpinga2 ! ! !  Hahaha .... itu laa pasal bayangkan dah berapa lama tak pernah bersua muka, tetiba jee bertemu dalam suasana yang sangat berbeza. Dulu, rakan saya tu ketua kelas saya, remaja lagi .... segar .... dan boleh tahan laa .... sekali bertemu semula, masing2 dah berubah..... dia pun ingat2 lupa tuu .... nasib laa masih ingat nama saya ! ! Alhamdulillah .... tetapi saya harus jua bersyukur, di usia begini masih ada rakan2 yang tak lupa dengan saya ni .... al-maklum, saya bukan dari pelajar popular dan glamour ! !
Bagaimana pun, saya menerima seadanya pertemuan kaku itu sebagai satu langkah untuk terus bertemu lagi dengan rakan yang lain. Syukur ... saya dapat lagi berhubung dengan rakan2 lama melalui No2 yang sangat rajin contact rakan2 sekolah dulu.Setiap kejadian itu ada sebab dan natijahnya.Saya dapat berjumpa dengan Nozi adik saya yang baru menjalani pembedahan matanya dan merasa rumah baru Kak Suyah dan Abang Mat di Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Memang berbaloi laa saya pulang ke Kuala Kangsar hari tuuu .... Seronok saya dapat melihat projek rumah sekitar Kuala Kangsar. Selesa, teratur dan cantik walau harganya sudah mencecah hingga dua ratus ribu seunit ! ! Allahhuakbar ..... cuba beritau saya, masih ada ke harga rumah sekarang yang kurang dari seratus ribu ? Zaman serba canggih sekarang, mana ada lagi harga murah, semua barang MAHAL .... nak dapat kuih tiga seringgit pun dah susah kan ? betul tak cakap saya ni .... tak tau kenapa. Segala2nya pakai wang, nak buang air pun kan kena bayar, paling murah pun, dua puluh sen.Harga petrol, jangan cakap laa ....dulu isi minyak lima puluh ringgit, tangki penuh ..... sekarang ..... cukup untuk satu perjalanan balik kampung saya kat Kuala Kangsar je .... pulang semula ke Rawang kena lagi tambah minyak ! ! .... apa nak jadi ni ..... dulu gaji saya cukup tiga ratus tujuh puluh ringgit, siap boleh bagi mak lagi .... sekarang adik2 saya kat pejabat tu mengeluh, gaji seribu pun tak cukup ! ! haa .... itulah harga yang terpaksa rakyat bayar untuk semua kemudahan hidup kita sekarang. Dulu kita guna telefon kat rumah, sekarang semuanya dihujung jari .... kononnya ..... asyik bersms, tak sedar kita asyik top up memanjang .... buka wallet .... mengeluh lagi, lambatnya nak dapat gaji ! ! !
Ok ... sudah2 laa mengeluh tuuu ... tak baik kan ... hidup perlu diteruskan selagi hayat masih ada. Saya sudahkan kisah ini dengan harapan semoga adik saya Nozi sembuh matanya dan berehat dengan tenang.Harapan kepada rakan2 sekolah supaya tidak melupakan saya, sekiranya ada majlis, jangan lupa jemput saya dan kepada Kak Suyah dan Abang Mat, saya akan datang lagi berkunjung ke rumah  mereka sekiranya ada peluang balik ke Kuala Kangsar


seronok Eina melihat ikan2 dalam kolam

Dapur Kak Suyah bersih dan cantik
Bergambar depan kolam ikan
Makanan frozen ... beli ! beli ! 3 sepuluh ringgit ...

Merebus kacang hijau nak buat kueh kasturi

Lagi makanan frozen

Karipap sardin, kentang, ayam, cucur badak

Ruang dapur kemas dan selesa

Ruang makan pun kemas dan cantik

Ruang tamu suami  (Basir Kassim) dan Kak Suyah

Bergambar bersama Fatihah,Nozi, Kak Suyah dan Eina