Pages

Monday 28 May 2012

Balik Kampung ! ! !

Assalamualaikum
pejam celik ... pejam celik,  dah nak masuk bulan jun 2012 ! apa cerita ? nak bercerita, macam2 kisah ada. Yang mana satu paling seronok ? pasal kucing, pasal kerja, pasal movie atau apa yee ... haa ... lupa lak, cuti sekolah sekarang ... hee ... seronoknya ... si Eina ada kelas tambahan seminggu, jadi, dia dapat cuti sekolah seminggu je laa. Si Eija lagi best, sejak mei ini dia punya kelas cuma dua hari seminggu, rabu dan khamis, hari lain bebas ! ! ! ini sebab tak mau pack sangat bila masuk semester 4 & 5. Tak de laa berserabut nak ingat fakta2 subjectnya. Sudah bagus ...
Semalam, Lin adik saya datang rumah. Sembang2 dengan dia, teringin laa pulak balik kampung saya di Padang Rengas, Kuala Kangsar. Memang dah lama kami sekeluarga tak balik kampung ... rindu laa pulak ... si Eija dah dapat IZIN pun dibenarkan balik kampung dari poli nya. Cuma saya dan suami kena mohon cuti laa pulak! ! Maklum cuti yang agak lama (dua minggu) tak seronok laa duk kat rumah jee kan ... harap2 lulus laa cuti kami suami isteri ! !
Meriah di kampung

Jeff memang rajin .. caya laa ...

Eija memang seronok bila balik kampung !

bersama kak yam s'pore,abg dollah dan owner

Dua beradik,adik & kakak

Rosmawati & NorAzila Zubir

Arwah ayah tersayang Zubir Hussin

Saya sangat sensitif bila buka topik balik2 kampung ni .... huh ... sedih beb ... orang ada kampung mungkin sependapat dengan saya, betapa glamournya kehidupan di kota besar, mana boleh lawan dengan kampung halaman sendiri ! ! betul tak ? biar lah semewah mana pun kehidupan di kota, kehidupan  di kampung tetap dirindui dan tetap dalam ingatan. Minta maap laa ... kalau anda semua tak setuju dengan pendapat saya ini.Saya cuma mahu menzahirkan kerinduaan saya. Itu jee ...

Monday 21 May 2012

Bosan punya hal ......

Assalamualaikum
saya boring laa ... tak tau nak buat apa ! ! memang kekadang tu perasaan jadi 'libang libu' .... huhu ... dah tua2 gini hidup tambah membosankan. Ok laa ... layan je laa photo2 dalam simpanan  ni buat tatapan semua

















Wednesday 9 May 2012

Selamat Pengantin Baru SchaWal ! ! !

Assalamualaikum
Pada 4 Mei 2012, hari Jumaat yang lalu telah berlangsung pernikahan selebriti popular, pasangan Scha Al Yahya dan Awal Ashaari di Pullman Putrajaya Lakeside, Putrajaya. Alhamdulillah ... setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasangan ini .... semoga berbahagia hingga keakhir hayat ....
Jom layan foto2 mereka saat2 mereka diijabkabul dan majlis perkahwinan mereka .....





















Tuesday 1 May 2012

Bersih !

Assalamualaikum
bersihkah kita ? haa ... semua orang suka pada bersih, betul tak .... tipu laa bila kita kata, kita tak suka bersih .... persoalannya, mengapa kita mesti sekat bersih yang nak membersihkan sistem pentadbir kita selama ini .... kadang2, kita ni cuma pandai bercakap, berkempen pasal bersih sana sini tapi bila kita nak berkumpul ramai2 untuk bersih, kita dihalang, disekat, disempur pulak dengan gas  pemedih mata ! ! ! aduh .... kenapa mesti takut dengan kempen bersih, nampak sangat laa cakap tak serupa bikin .....
Hai, negaraku  'MALAYSIA' negara demokrasi, negara maju, negara aman, rakyat bebas .... kununnya .... hee , betul ke slogannya tu .... kenapa takut dengan suara rakyat, kenapa takut dengan perhimpunan rakyat, kenapa ? kenapa ? tolong laa ... rakyat bukan nak memberontak, rakyat cuma mau keadilan .... tu pun susah sangat ke nak beri .... malunya ....
Kita rakyat Malaysia ni dah terlalu lama dibuli oleh pemerintah, didodoi dan didongdang sayang dengan gula2.Kesian kita .... jalan sana orang indon, jalan sini orang bangla, jalan depan orang myanmar, jalan belakang lagi takut, orang negro ! ! ! lalu kita dimana ? Inikah yang dikatakan yang negara kita ni terlalu baik, menerima setiap pendatang berduyun2 datang ke sini mencari rezeki.
Berita siaran tv, surat khabar, radio semuanya memihak kepada sebelah pihak jee .... nyampah betul .... nasib baik ada internet. Boleh buka blog, fb dan berita alternatif. Itu pun disekat2 gakkk .... huhhu .... sedih bro ..... gua rasa nak ngadu kat polis .... tapi polis pun 2x lima gakkk .... lagi teruk, terus jadi balaci Kera Jaan ... hehe...
nasib laa luu ....
Gaji kakitangan awam dah naik, harga barang2 dah lama naik dan akan tambah naik lagi ! Memang patut laa ada perhimpunan 'BERSIH' biar kita ramai2 suarakan ketidakadilan sistem demokrasi yang diagung2kan oleh puak2 Kera Jaan .... hee .... geram betul laa .... suara keadilan tenggelam ..... suara ' BERSIH ' pun nak ditenggelamkan jugak ke ?
Ayuh rakyat Malaysia, marilah kita beramai-ramai bersihkan negara kita dari segala kekotoran yang dibawa oleh puak2 BN yang telah lama melantak kekayaan bumi kita ini..... mari kita tumbangkan kerajaan yang telah lama korup dan penuh rasuah ini .....
Poster  BERSIH

Rakyat sokong BERSIH 101%

Perhimpunan BERSIH di tengah kota raya Kuala Lmpur

Kempen BERSIH seluruh dunia

Kreatif orang Acheh berkempen dalam laut !

BERSIH bagus ... kata Nik Aziz

artis Aishah pun sokong BERSIH ! !