Pages

Saturday, 22 March 2014

"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali".

Keluarga Almarhum Basir Kassim - Hari Raya Aidilfitri Ogos 2013
Assalamualaikum...

Terima kasih ya Allah kerana telah menganugerahkan aku seorang suami yang sangat cinta kepada saya, isterinya dan ayah yang sangat sayang kepada anak2 kami juga seorang ketua keluarga yang amat bertanggungjawap terhadap keluarga yang amat dikasihinya. Hari ini genap dua bulan berlalu almarhum suami tercinta – Basir bin Kassim meninggalkan kami sekeluarga. baru hari ni berkesempatan menulis untuk blog ni.

Bersama almarhum suami tercinta Basir Kassim di bilik Hotel Seri Malaysia, Johor Bahru

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua ahli keluarga dan sahabat andai yang telah bersama-sama datang menziarahi  almarhum suami di wad 9D katil 28, Hospital Selayang pada tengahari hari Isnin, 20 Januari 2014 sehinggalah pada hari terakhir suami menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi Khamis 23 Januari 2014.  Terima kasih kerana membantu saya dalam menghadapi ujian Allah ini. Semoga Allah jua yang membalas budi baik kalian.


Gambar  di rumah Nozi sebelum bertolak ke Pulau Pinang utk bercuti pada 22 Disember 2013


 Al hamdulillah urusan jenazah abang dipermudahkan. Abang telah selamat dikebumikan di Taman Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda, Batu Caves,Selayang pada 23 Januari 2014 yang lalu.
Terus-terang saya katakan saya sekeluarga amat terasa kehilangan almarhum.Almarhum seorang suami yang sangat penyayang, baik hati dan bertanggungjawab kepada saya, dan anak2 kami, Azizah dan Arina, juga kepada emak arwah Asmah Baba. Pemergian yang tiba-tiba memang satu kejutan kepada kami. Namun, saya dan keluarga redha akan pemergiannya. Sungguhpun kami terlalu kasih dan sayang kepada almarhum abang tapi Allah s.w.t lebih menyayangi almarhum. 

Kematian itu menginsafkan..
 

Terima kasih kepada adik2 saya dan sanak saudara serta semua keluarga almarhum suami,juga sahabat andai yang tak putus-putus beri perangsang dan semangat utk saya sekeluarga meneruskan kehidupan ini. Saya terima ujian Allah ini dengan penuh redha dan sabar. Saya masih ada dua orang anak yang perlu disayangi dan dikasihi  agar menjadi orang yang berguna di dunia dan akhirat. Al hamdulillah.. saya sedang berusaha utk menjadi lebih tabah, lebih cekal menghadapi ujian ini..
 Ya Allah, aku mohon kepada Mu Ya Allah tabahkan lah hati ku, cekalkan jiwa ku, Tenangkan lah pemikiran ku, teguhkan lah imanku dalam menghadapi cabaran ini. Berikan lah aku kesabaran dan kebijaksanaan untuk menempuh dugaan hidup yang akan datang Aminn...

Semasa konvo Azizah (Sijil Bakeri) di Pusat Konvesyen Putrajaya, Mac 2011
 

Setiap kali saya teringatkan almarhum, saya selalu sedekahkan al-Fatihah dan berdoa untuk kesejahteraan almarhum di sana. Azizah dan Arina pun saya tolong ingatkan supaya menjadikan sedekah itu sebagai satu kebiasaan untuk ayah tersayang. Andai ada kesempatan waktu, saya bacakan surah Yasin utk abang.. memang betul, surah al Fatihah penawar hati, mendekati Allah s.w.t membuat hati menjadi tenang dan tabah...
 

Terlalu Istimewa... 

Almarhum abg panggi saya.. ros..(muda2 dulu je abg panggil saya ‘Yang’)
 Almarhum memang seorang lelaki yang istimewa di hati saya.. Perkenalan kami bermula semasa kami sama2 berkerja di Kraftangan Malaysia Cawangan Perak tahun 1981. Kami bertemu jodoh sewaktu almarhum abg di tukarkan ke Cawangan Negeri Sembilan tahun 1984.
Hubungan saya dengan almarhum suami memang boleh jadi 'novel cinta' bukan untuk sales tapi jadi satu 'Kenangan Terindah dalam hidup kami suami isteri ! ! ! Bila teringat kembali, tiba-tiba saya tersenyum sendiri. Sebabnya saya yang mula2 benci sgt pada abang dulu jadi kesuyian..kesepian tanpanya. Maklum abg mmg suka mengusik dan bergurau, kadang2 ter ‘over’ laa pulak ! Kami stat couple semasa kami menghadiri sukan tahunan kraftangan di Cawangan Kedah pada 28 April 1985 dimana dimalam terakhir majlis sukan itu abg bawakan lagu ‘Demi Cinta Ini’ khas buat saya.Akhirnya pada hari raya ketiga 23 Jun 1985, keluarga abg datang  ke rumah saya merasmikan hubungan kami dengan menyarungkan cincin pertunangan dijariku dan kami bernikah pada 8 Februari 1986, dikurniakan anak sulung, Azizah pada 26 November 1990, dikurniakan pula anak kedua(bongsu) Arina pada 25 Julai 1995



Di rumah Nozi sebelum bertolak ke Penang untuk bercuti. Percutian terakhir bersama almarhum suami.




Syurga di hati... 

Walapun abang telah pergi menghadap Illahi, segala kenangan, saya akan simpan kemas di hati. dan pesanan-pesanan abg insya Allah saya akan ingati. Saya berusaha utk menjadi isteri yang solehah dan ibu mithali utk Azizah dan Arina. Semoga Allah pertemukan kita dan anak-anak di syurga nanti wahai suamiku yang tercinta 'BASIR KASSIM'... insyaAllah... Aminnn.
 


Wednesday, 1 January 2014

Bercuti Di Pulau Pinang 22 Disember -24 Disember 2013

Padang Kota Penang
Dalam feri
Eina tersenyum manis
Assalamualaikum
Pemandangan dari Bukit Bendera
sekarang dah 31 hb Disember 2013...esok dah tahun 2014. Ok...saya cerita percutian saya di Pulau Pinang.
Sebenarnya, teringin nak ke pantai timur, Kota Bharu, Kelantan....suami lee cakap, banjir ! banjir ! konon tak mau terperangkap dengan banjir....maka ubah lee destinasi percutian ke Pulau Mutiara.....
Jom...
kita layan gambar2 percutian saya di Pulau Mutiara.....

dengan suami(Basir) depan Hotel Capthone Orchid Penang

Pemandangan hotel

bilik Hotel Capthone Orchid Penang

pemandangan dari bilik hotel

cantik pemandangan pagi dari bilik penginapan

remang pagi Tanjung Bungah Pulau Pinang

bergambar di balkoni bilik hotel

pintu masuk Hotel Capthone Orchid Penang

jambatan Pulau Pinang

Eina di balkoni bilik Hotel Capthone Orchid

Eija di balkoni bilik hotel
a
baru pulang dari pantai...hehe....

suami isteri di Bukit Bendera Penang

Bukit Bendera

ayah, emak, anak di Bukit Bendera

Eija dengan emak ayah di Bukit Bendera

Eina dengan emak ayah round2 Bukit Bendera

senyum bang..senyum...

baru balik dari pantai
Eija senyum manis di pantai

jadi tak jadi ni....Eina garu kepala, kenapa....

Eija Eina bergambar di pantai berlatar belakang hotel penginapan

suami, Eija dan Rossss


Eina lagak  ' Titanic '

Eina, Basir, Ros  di tepian pantai  

di belakang tu grup ahli kelab Takewando dari Iran
Harga nasi goreng RM22 satu set....wow....mahalnya,lapar punya pasal tak kisah ! !
coconut shake Padang Kota RM3.00...sedappppp
mee sotong sangat popular di Padang Kota malah Penang
kita nak balik dahhhhhh
keretapi ke Bukit Bendera



Ini cuma sebahagian gambar percutian saya di Penang. Masih banyak lagi gambar2 di Pulau Mutiara dalam simpanan saya.Penang memang sesak
macam Kuala Lumpur jugak. Saya puji Penang kerana ia bandar yang bersih. Seronok dapat keliling Pulau Pinamg.....tunggu Penang kami akan datang lagi.


Sunday, 15 December 2013

SDSI Peringkat Nasional 2013 Di MITC Ayer Keroh, Melaka


Aksi Titanic...hehe....
  Pada 30 November 2013 yang lalu, saya bersama Shila, Aa, Lan dan anak saya Eija telah pergi ke Ayer Keroh,  Melaka, sempena ShowCase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) peringkat Nasional. Memang best di sana, macam2 makanan dan barangan pelbagai jenis dari seluruh negeri di Malaysia di pamerkan dan dijual kepada pengunjung yang datang melawat. Program SDSI ini dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri . Selepas melawat program SDSI di Ayer Keroh, kami di bawa pula ke bandar hilir Melaka untuk bersantai. Saya bersama Shila dan Eija sempat pula melawat dalam kapal.....huuu.....seronok jugak yee....

bersama peserta negeri sarawak

ni apa Shila...hendap jee k.ros....

Dalam kapal

Amboi, Shila n Eija sempat plak berkaroke





showcase negeri bawah bayu





dalam dek kapal


showcase Kraftangan Malaysia

best showcase ni...kan Shila
foto dalam kapal di bandar hilir Melaka
bergambar dengan Eija

seronoknya dapat naik kapal

Eija dengan ayah dan mak