Keluarga Almarhum Basir Kassim - Hari Raya Aidilfitri Ogos 2013 |
Assalamualaikum...
Terima kasih ya Allah kerana telah menganugerahkan aku seorang suami yang sangat cinta kepada saya, isterinya dan ayah yang sangat sayang kepada anak2 kami juga seorang ketua keluarga yang amat bertanggungjawap terhadap keluarga yang amat dikasihinya. Hari ini genap dua bulan berlalu almarhum suami tercinta – Basir bin Kassim meninggalkan kami sekeluarga. baru hari ni berkesempatan menulis untuk blog ni.
Bersama almarhum suami tercinta Basir Kassim di bilik Hotel Seri Malaysia, Johor Bahru |
Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan berbanyak-banyak
terima kasih kepada semua ahli keluarga dan sahabat andai yang telah bersama-sama
datang menziarahi almarhum suami di wad
9D katil 28, Hospital Selayang pada tengahari hari Isnin, 20 Januari 2014
sehinggalah pada hari terakhir suami menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi
Khamis 23 Januari 2014. Terima kasih
kerana membantu saya dalam menghadapi ujian Allah ini. Semoga Allah jua yang
membalas budi baik kalian.
Gambar di rumah Nozi sebelum bertolak ke Pulau Pinang utk bercuti pada 22 Disember 2013 |
Al hamdulillah urusan jenazah abang dipermudahkan. Abang
telah selamat dikebumikan di Taman Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda, Batu
Caves,Selayang pada 23 Januari 2014 yang lalu.
Terus-terang saya katakan saya sekeluarga amat terasa
kehilangan almarhum.Almarhum seorang suami yang sangat penyayang, baik hati dan
bertanggungjawab kepada saya, dan anak2 kami, Azizah dan Arina, juga kepada emak
arwah Asmah Baba. Pemergian yang tiba-tiba memang satu kejutan kepada kami. Namun,
saya dan keluarga redha akan pemergiannya. Sungguhpun kami terlalu kasih dan
sayang kepada almarhum abang tapi Allah s.w.t lebih menyayangi almarhum.
Kematian itu menginsafkan..
Terima kasih kepada adik2 saya dan sanak saudara serta semua keluarga almarhum suami,juga sahabat andai yang tak putus-putus beri perangsang dan semangat utk saya sekeluarga meneruskan kehidupan ini. Saya terima ujian Allah ini dengan penuh redha dan sabar. Saya masih ada dua orang anak yang perlu disayangi dan dikasihi agar menjadi orang yang berguna di dunia dan akhirat. Al hamdulillah.. saya sedang berusaha utk menjadi lebih tabah, lebih cekal menghadapi ujian ini.. Ya Allah, aku mohon kepada Mu Ya Allah tabahkan lah hati ku, cekalkan jiwa ku, Tenangkan lah pemikiran ku, teguhkan lah imanku dalam menghadapi cabaran ini. Berikan lah aku kesabaran dan kebijaksanaan untuk menempuh dugaan hidup yang akan datang Aminn...

Semasa konvo Azizah (Sijil Bakeri) di Pusat Konvesyen Putrajaya, Mac 2011 |
Setiap kali saya teringatkan almarhum, saya selalu sedekahkan al-Fatihah dan berdoa untuk kesejahteraan almarhum di sana. Azizah dan Arina pun saya tolong ingatkan supaya menjadikan sedekah itu sebagai satu kebiasaan untuk ayah tersayang. Andai ada kesempatan waktu, saya bacakan surah Yasin utk abang.. memang betul, surah al Fatihah penawar hati, mendekati Allah s.w.t membuat hati menjadi tenang dan tabah...
Terlalu Istimewa...
Almarhum abg panggi saya.. ros..(muda2 dulu je abg panggil saya ‘Yang’) Almarhum memang seorang lelaki yang istimewa di hati saya.. Perkenalan kami bermula semasa kami sama2 berkerja di Kraftangan Malaysia Cawangan Perak tahun 1981. Kami bertemu jodoh sewaktu almarhum abg di tukarkan ke Cawangan Negeri Sembilan tahun 1984.

Hubungan saya dengan almarhum suami memang boleh jadi 'novel cinta' bukan untuk sales tapi jadi satu 'Kenangan Terindah dalam hidup kami suami isteri ! ! ! Bila teringat
kembali, tiba-tiba saya tersenyum sendiri. Sebabnya saya
yang mula2 benci sgt pada abang dulu jadi kesuyian..kesepian tanpanya. Maklum
abg mmg suka mengusik dan bergurau, kadang2 ter ‘over’ laa pulak ! Kami stat
couple semasa kami menghadiri sukan tahunan kraftangan di Cawangan Kedah pada 28 April 1985 dimana
dimalam terakhir majlis sukan itu abg bawakan lagu ‘Demi Cinta Ini’ khas buat
saya.Akhirnya pada hari raya ketiga 23 Jun 1985, keluarga abg datang ke rumah saya merasmikan hubungan kami dengan menyarungkan cincin pertunangan dijariku dan kami bernikah pada 8 Februari 1986,
dikurniakan anak sulung, Azizah pada 26 November 1990, dikurniakan pula anak
kedua(bongsu) Arina pada 25 Julai 1995
Di rumah Nozi sebelum bertolak ke Penang untuk bercuti. Percutian terakhir bersama almarhum suami. |
Syurga di hati...
Walapun abang telah pergi menghadap Illahi, segala kenangan, saya akan simpan kemas di hati. dan pesanan-pesanan abg insya Allah saya akan ingati. Saya berusaha utk menjadi isteri yang solehah dan ibu mithali utk Azizah dan Arina. Semoga Allah pertemukan kita dan anak-anak di syurga nanti wahai suamiku yang tercinta 'BASIR KASSIM'... insyaAllah... Aminnn.

No comments:
Post a Comment