Pages

Saturday, 23 July 2011

REUNION SMBM

Assalamualaikum

Pada hari sabtu 16hb. Julai 2011, saya telah menerima undangan ke rumah seorang rakan lama satu sekolah tahun 1977 ! ! ! lama kan .... lepas sekolah, kami tidak pernah bertemu lagi sehinggalah ke tarikh itu . Bayangkan .... bagaimana rupa dan keadaannya .... tapi ..... alhamdullillah, berjaya juga saya bersama suami tiba di rumahnya di Taman Cheras Permata.
Pertemuan ini diatur oleh rakan fb saya, Puan Noraini Yahaya yang sememangnya rajin sekali mencari member2 lama sekolah melalui fb ini. Saya juga telah memaklumkan kehadiran saya melalui sms terus kepada Puan Salmah Ismail, tuan punya rumah tersebut. Walau pun duduk bersama di satu kawasan Lembah Kelang, namun, jangan tak tau, terkial-kial juga mencari kawasan perumahan sekitar Cheras ini. Setelah bersusah payah mencari kawasan perumahan ini, akhirnya berjaya juga saya bersama suami tiba ke rumah Puan Salmah di Cheras. Berbaloi , kata orang ..... ah .... apa lagi puas rasa hati dapat bertemu semula member lama satu sekolah dulu.Punya laa lama tidak bersua muka, sampai lupa wajah masing2 ! ! tapi, alhamdullilah, melalui fb, kami rakan sekolah dapat semula bertemu muka dan insyaAllah akan dapat merapatkan semula hubungan persahabatan yang telah lama terputus berpuluh tahun lamanya ! ! Terima kaseh, Puan Salmah Ismail dan suami Encik Khalid Sulaiman,(siap lagi bekalkan tetamunya ini dengan pelbagai ole-ole) Puan Noraini Yahaya suami isteri (jauh datangnya ... dari Jengka, Pahang ...) Arbaishah dan Bakar. Semoga pertemuan ini tidak berakhir di sini tetapi akan terus ada lagi pertemuan berikutnya, insyAllah. Tak sangka pulak saya rupanya ada pertalian bau bacang dengan suami Puan Salmah, Encik Khalid yang dulunya satu kelas di sekolah Tun Perak, dengan adik saya, Nozi.




No comments:

Post a Comment