Pages

Tuesday, 20 December 2011

Kepuasan tanpa perlu ke pejabat ! ! !

Assalamualaikum.
baru lepas makan tengahari ni ... hehe .... memang perut kenyang ....alhamdulillah ....syukur nikmat.Lauk simple je, masak lemak ikan campur lada hijau dengan serai, ayam goreng salad, sayur kacang buncis, tu jee. Dari membuta baik saya sembang2 dan bercerita kat blog ni kan .... apasal boleh relax habis ari ni? siap lagi masak makan tengahari? huh .... saya sedang bercuti ni ....hehe .... seronok cuti duk kat umah ..... hilang tension .... aduhai ..... membilang hari je bila nak pencen , bestnya, lapang fikiran, otak tak berserabut, boleh selalu buat blog ! ! ! masanya akan tiba jua ..... tunggu laa 2, 3, 4, 5 tahun lagi ! wow 5 tahun lagi ke ..... kau biar betul Ros! tak sanggup aku menanti angka tu, rasa2 macam nak pencen esok je .... haha .... sebenarnya saya bercuti ni sebab antar anak sulong saya masuk Politeknik kat Sabak Bernam  ahad lepas. Dari rawang ikut tol baru LATAR, pergi balik kena rm12.00. Perjalanannya ambil masa satu setengah jam, bertolak dari rumah kul 8.15 pagi, sampai  politeknik tu kul 9.30 pagi, Dekat kan? Hujung2 minggu boleh la saya jenguk anak gadis saya tu sambil   'Jalan-jalan Cari Makan'  .
awak banyak comel hooo ....
Saya bercuti dua hari ..... lepak kat rumah sambil layari internet, tenguk perkembangan semasa dan update blog saya ni. tu laa ... saya berhajat jugak nak pergi pawagam lihat movie  ' Ombak Rindu ' suami saya tak sporting langsung .... bukan maunya .... hee, sakit hati ! tu laa namanya lelaki, masa bercinta  sanggup ke bulan ke bintang ...... dah kawin ..... macam saya ni dah lebih 20 tahun .... haram! ! ! benci tau ! Tu pasal anak2 saya kalau berhajat nak ke pawagam, mereka akan pergi bersama adik saya yang tinggal kat Selayang tu .... ok, no hal laa. Adik saya tu .... Asmidar ,seronok sangat kalau Eija dgn Eina datang ke rumahnya,apalagi dgn anak2nya si Nurin dan Diya, asyik suroh Kak Eija dan Kak Eina bermlm kat umahnya. Budak2 gitu laa biasanya, seronok sangat ada orang bermlm umah mereka. Begitu laa gak dengan si Nadira, anak adik saya Lin yang tinggal kat Kelang. Ini, tinggal laa Si Eina sorang kat umah jika saya dan suami kembali bertugas semula esuk .......
matamu biru menawan sayang ..... gedikkk ......
Cuti2 begini, macam2 laa boleh dibuat. Seronok bila duk kat umah ni ..... bersantai sakan ...... makan pun pilih jee laa ..... (macam laa kebulor sangat ! hehe .....) Sayangnya ..... saya tak ada haiwan peliharaan, kucing ke hamster ke, arnab ke ...... adik saya kat kampung , kucingnya ntah berapa ekor laa ..... dtg umahnya bercerita laa pasal kucing2nya, ada yang sakit mata, ada yang tempang kakinya , ada yang bersin jeee ...... kelakar kan ..... hehe ..... yang sorang lagi pulak, bela arnab, cute sangat ....
Tamannah sweetbaby bintang kollywood yang cantik manis bersama hero bollywood kacak dan tampan  buah hati  saya  Shahid Kapoor dari film  ' Mausam '


hansome hero saya Shahid Kapoor berpakaian  Pilot

Saya ni ..... selain dari minat binatang ..... juga peminat Bollywood dan Kollywood ! lihat laa artis Tamannah dan Shahid Kapoor kat atas tu ..... hero dan heroin bollykolly No ONE kegemaran saya ..... huu tergoda ! !
Tapi artis Malaysia pun tak kurang jugak kan ..... Eja, Scha,ramai laa .....

Scha bergaun biru menawan .....

Eja bergaun putih menawan ......

Maya Karin sexy terlebih ......

eh .... dah lama ke saya berceloteh ntah apa-apa .... ok dah masuk asar pun ni, nak menghamba diri kepada Maha Pencipta ..... ok see you all soon ..... bye .....

Monday, 12 December 2011

Assalammualaikum
dah baca novel Ombak Rindu karya penulis popular Fauziah Ashari ? Novel ni sangat menyentuh perasaan. Permulaan ceritanya saja sudah mampu membuai perasaan kita untuk terus membacanya hingga ke hujung kisahnya. Kita sangat simpati pada watak Izzah yang sentiasa bernasib malang dalam hidupnya. Bertimpa-timpa masalah Izzah dari kemalangan yang menimpa ibubapanya, dipelihara pula oleh adik ayahnya yang tidak bertanggungjawab, kemudian dijual pula kepada Haris yang menjadikan Izzah sebagai gundeknya walau telah sah bergelar isteri .... aduh .... malangnya nasib seorang wanita bernama Izzah ini ! ! ! Dari kisah inilah muncul filem bertajuk yang sama dengan watak utamanya Izzah dibawa oleh artis puntianak harum sundal malam Maya Karin. Berjayakah Maya membawakan watak malang Izzah? Sama-sama kita menuntun di pawagam movie ini yang diadaptasi dari novel Ombak Rindu karya Fauziah Ashari.
Ombak Rindu ke pawagam pula
Manis dan ayu Maya sebagai Izzah
Gandingan sepadan Aaron Aziz Maya Karin
Poster filem Ombak Rindu

Maya Karin, Aaron Aziz dan Lisa Surihani







Assalamualaikum

apa khabar semua?saya baru pulang dari ibu pejabat menghadiri taklimat Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Sistem ini berkuatkuasa tahun depan 2012 bagi sesiapa yang memilih untuk menerimanya. Sama jua saperti kita memilih Sistem Saraan Baru (SSB) atau Sistem Saraan Malaysia (SSM) beberapa tahun yang lalu.Masuk je sistem baru, maka naik la gaji kita .... entah berapa kali sistem bertukar, sampai tak tersebut ! ! harga barang naik jugak ! bosan betul la .... kenaikan gaji, baru  diberi taklimat, harga barang dah lama naik sana sini , sapa tak naik angin, betul tak ?Bukannya tidak bersyukur, tapi setiap kenaikan gaji warga kerja kakitangan awam maka akan keluar laa pelbagai sosek sana sini pasal pilihan raya .... pasal barang naik harga .... pasal tambang naik rega  .... pasal rumah pun MESTI naik lagi harga, mana ada dah harga rumah yang kurang dari seratus ribu ringgit ..... cer cerita! cer cerita! kat kampung saya pun semua kawasan perumahan baru SEMUA dah lebih dari seratus ribu ringgit seunit! ! !apa nak jadi negara Malaysia yang kita sayangi ni tak tau laa ..... bayangkan pulak sepuluh tahun, dua puluh tahun akan datang, bagaimana tu ? kos semua barang, perkhidmatan, MAHAL belaka . Kesian pada mak cik, pak cik, mutusamy, apek atau sesiapa yang tak berkerja tu .... atau pekerja swasta ke, driver teksi ke, perniaga kecil2an atau sesiapa laa yang bukan kerja kerajaan, bagaimana ? bagaimana ?haa ... oleh itu pandai2 laa nak pangkah sapa dalam pilihan raya akan datang ! ! !
Saya bukan nak jadi batu api (Fire Stone) tapi inilah harga yang terpaksa kita bayar untuk semua kemudahan hidup yang ada sekarang. Malah tak berbaloi punnnn ..... meyesakkan dada, menambahkan naik DARAH TINGGI .... ntah berapa ramai laa yang sakit jiwa .... sakit semua sana sini ..... hesss ..... tak tercerita ! ! ! Semalam saya pergi kenduri kawin anak rakan saya di Kompleks Taman Seni Islam Shah Alam, suami saya merungut .... macam bukan kenduri kawin katanya sebab ..... iya laa, tak rasa suasana kenduri punnnnnn ..... maaf cakap laa, bukan tak menghargai, tapi ini laa trend majlis kawin sekarang,buat kat kawasan perumahan karang, jiran sebelah menyebelah merungut, kata tak hormat hak peribadi jiran konon  sebab bising2 ..... huh gitu la gaya hidup manusia serba canggih sekarang, serba tak kena ! ! buat kat rumah, marah dik jiran2, buat kat dewan nampak macam tak ada kenduri punnnn ..... dah laa kosnya tinggi, berbaloi ke semua ni ?

seronok jumpa kak odah semula

bergambar di majlis kawin di Kompleks Taman Seni Islam Shah Alam
Kak Leha, Ros, Kak Odah (mak pengantin)

Kita jumpa lagi, kak ....