apa khabar semua?saya baru pulang dari ibu pejabat menghadiri taklimat Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Sistem ini berkuatkuasa tahun depan 2012 bagi sesiapa yang memilih untuk menerimanya. Sama jua saperti kita memilih Sistem Saraan Baru (SSB) atau Sistem Saraan Malaysia (SSM) beberapa tahun yang lalu.Masuk je sistem baru, maka naik la gaji kita .... entah berapa kali sistem bertukar, sampai tak tersebut ! ! harga barang naik jugak ! bosan betul la .... kenaikan gaji, baru diberi taklimat, harga barang dah lama naik sana sini , sapa tak naik angin, betul tak ?Bukannya tidak bersyukur, tapi setiap kenaikan gaji warga kerja kakitangan awam maka akan keluar laa pelbagai sosek sana sini pasal pilihan raya .... pasal barang naik harga .... pasal tambang naik rega .... pasal rumah pun MESTI naik lagi harga, mana ada dah harga rumah yang kurang dari seratus ribu ringgit ..... cer cerita! cer cerita! kat kampung saya pun semua kawasan perumahan baru SEMUA dah lebih dari seratus ribu ringgit seunit! ! !apa nak jadi negara Malaysia yang kita sayangi ni tak tau laa ..... bayangkan pulak sepuluh tahun, dua puluh tahun akan datang, bagaimana tu ? kos semua barang, perkhidmatan, MAHAL belaka . Kesian pada mak cik, pak cik, mutusamy, apek atau sesiapa yang tak berkerja tu .... atau pekerja swasta ke, driver teksi ke, perniaga kecil2an atau sesiapa laa yang bukan kerja kerajaan, bagaimana ? bagaimana ?haa ... oleh itu pandai2 laa nak pangkah sapa dalam pilihan raya akan datang ! ! !
Saya bukan nak jadi batu api (Fire Stone) tapi inilah harga yang terpaksa kita bayar untuk semua kemudahan hidup yang ada sekarang. Malah tak berbaloi punnnn ..... meyesakkan dada, menambahkan naik DARAH TINGGI .... ntah berapa ramai laa yang sakit jiwa .... sakit semua sana sini ..... hesss ..... tak tercerita ! ! ! Semalam saya pergi kenduri kawin anak rakan saya di Kompleks Taman Seni Islam Shah Alam, suami saya merungut .... macam bukan kenduri kawin katanya sebab ..... iya laa, tak rasa suasana kenduri punnnnnn ..... maaf cakap laa, bukan tak menghargai, tapi ini laa trend majlis kawin sekarang,buat kat kawasan perumahan karang, jiran sebelah menyebelah merungut, kata tak hormat hak peribadi jiran konon sebab bising2 ..... huh gitu la gaya hidup manusia serba canggih sekarang, serba tak kena ! ! buat kat rumah, marah dik jiran2, buat kat dewan nampak macam tak ada kenduri punnnn ..... dah laa kosnya tinggi, berbaloi ke semua ni ?
seronok jumpa kak odah semula
bergambar di majlis kawin di Kompleks Taman Seni Islam Shah Alam
Kak Leha, Ros, Kak Odah (mak pengantin)
Kita jumpa lagi, kak .... |
No comments:
Post a Comment