apa khabar semua. Bertemu semula kita di alam siber. Apa azam tahun baru anda?.... hemmm begitu laa kita ... terlalu mengagungi TAHUN BARU ciptaan mat saleh ! ! betul tak ? Sedangkan kita umat Islam sedunia boleh gunakan kalendar Islam yang telah dicipta zaman rasullullah s.a.w, tapi kalendar mat saleh juga yang kita pakai .... nampak tak, bagaimana orang barat telah menguasai SATU DUNIA INI ... terutamanya telah berjaya membuli umat Muhammad, nabi terakhir di muka bumi ini ! !
Apo nak buekkk .... terima jee laa .... kalendar mat saleh ke, kalendar Islam ke, masa tidak menanti kita, kita yang terpaksa mengejar masa , masa akan tetap berlalu dan berlalu .... sedar2 .... tenguk I/C dah 30 tahun, dah 40 tahun, dah 50 tahun, dah 60 tahun ! ! sepanjang itu ke usia kita, atau entah esuk lusa, kita dijemput ke ALAM SANA ! Allah hu akbar, Tuhan menentukan segalanya, sehelai daun jatuh berguguran pun semua dalam pengetahuannya ! ! ! subhanallah .... Maha Suci Allah yang Maha Besar yang Maha Agung .... rugi laa sesiapa yang tidak beriman denganNYA ....
Berbalik pada tahun baru tadi, bagaimana, apa rancangan anda menghadapi tahun 2012 ini ? Saya tercari2 kalendar tahun 2012 .... jenuh mencari, dapat laa di kedai buku selayang mall .... saya masih ingat zaman dulu2 semasa saya baru kawin tahun 1988 ... 1989 ... atau zaman saya beranak kecil tahun 1990an, shopping jee hujung tahun, berlambak kalendar baru dapat FREE ! ! sekarang .... jangan harap laa .... kita tercari2 merata shopping kompleks, sedihnya tak dapat satu kalendar pun .... nak dapat kena pulak beli ! ! duhai .... beli pulak, cuma ada di gedung buku yang besar jee .... kat kedai buku2 biasa, jangan harap laa .... ellekkkk
teruk kan .... sampai kat pejabat pun, tak ada pembekal yang boleh bagi kalendar baru ! ! !
Imran Khan dan Kareena Kapoor gandingan baru tahun 2012 |
KALENDAR TAHUN 2012 |
No comments:
Post a Comment