Pages

Saturday, 21 July 2012

Ramadhan telah tiba!

Assalamualaikum
pejam celik, dah tiba bulan ramadhan hari ni ..... salam semua ..... selamat menyambut bulan ramadhan  untuk  semua umat Islam tak kira di mana berada terutama untuk adik2 yang dikasehi, Nor Azila dan keluarga, Ahmad Zairi dan keluarga dan Mohd Jefri serta keluarga yang berada di kampung Kuala Kangsar, juga adik2 tersayang di Lembah Kelang, Asmidar dan keluarga, Lin dan keluarga serta Shah dan keluarga. Rebutlah peluang mengerjakan sebanyak2 ibadah di bulan yang mulia ini.













Saturday, 14 July 2012

Kawan ! Sahabat ! Kawan !

Assalamualaikum
kawan ..... macam2 kawan ada ...... kawan setugas, kawan sepermainan, kawan sekampung, kawan sealiran, kawan satu kelas, satu sekolah, satu pejabat, satu asrama, satu rumah dan macam2 kawan lagi.
Ungkapan menyentuh perasaan ialah  ' kawan ketawa senang dicari, kawan menangis susah nak dapat '
haa, betul tak?
Mari kita berbalas pantun .... 

nii .. apa ke binatang nye ...

Sahabat......
sahabat apa pulak maknanya .... adakah sama macam kawan? tak kisah laa beb .... sahabat ke, kawan ke atau rakan ke, member ke, semuanya membawa pengertiaan yang sama, hubungan sesama manusia.Tak kira laa, hubungan tu baik ke, kekal ke, hingga akhir hayat ke atau bercakaran, kejap ada, kejap tak de .....malah hubungan suami isteri pun selalu  disebut KAWAN , kawan seumur hidup tuuuu .....
Ada seorang rakan pernah berkata, kawan ada macam2 jenis kawan.Kawan yang jenis bagaimana yang anda cari? Kita sebenarnya punya banyak pilihan untuk memilih seorang sahabat daripada rakan2 kita.Dalam ramai rakan2 kita itu, kita boleh menilai yang mana satu boleh menjadi sahabat sejati kita. Penilaian kita itu semestinya yang serasi dan sekepala dengan kita.Nilai seorang sahabat lebih bermakna dibandingkan dengan kawan.Kerana dengan sahabat laa kita boleh mencurahkan rahsia hati dan perasaan kita .... huuu ....anda bagaimana pulak?

saat gembira bersama rakan menerima sijil

Dalam ramai rakan dan kawan juga, kita dapat pengalaman dalam menjalinkan hubungan.Samada hubungan itu boleh bertahan atau cuma setakat muka pintu rumah ! ! ! ...... iya laa ..... ada kes, kawan boleh makan kawan, gunting dalam lipatan dan kawan tikam kita dari belakang ...... hee ..... kecewa sungguh laa dibuatnya.Ada kawan yang baik dengan kita, hanya untuk dapatkan sesuatu dari kita, bila dah dapat apa yang dia mau, seliseh dengan kita pun buat tak kenal jee .... hee .... teruk kan orang yang sebegini sikapnya.Baik dengan kita bersebab ! ! menyampah betul laa .... saya sendiri pernah alami bab2 begini, tak sangka orang yang dah pergi mekah buat haji, berperangai sebegini rupa .... hoi .... kau ni ros, apa hal plak mengata orang ! ! bukan mengata, cuma meluahkan rasa tak puas hati jee .... iya laa,tak sangka cempedak jadi nangka ..... huu .... sedih tau orang buat kita cam tuuu ....
yang ini pulak rakan ke, kawan ke atau sahabat? pak wee kutt ...

aksi menarik rakan setugas bersama

Anda bagaimana pulak, ada pengalaman tak hadapi situasi sebegini? tentu macam2 cerita ada kan, itu laa rempah ratus kehidupan. Semua itu mematang kan kita menempuh kehidupan yang berliku2 ini. Kalau ia lurus kedepan, mengantuk pulak kita kan, kalau bawa kereta, boleh terlajak dan terbabas sebab mengantuk!bila ianya berliku2, mata mesti tajam memandang, orang kata lebih berhati2 supaya tak jatuh kedalam gaung ! ! betul tak ?
jejaka idaman .... hehehe .... jangan marah ! !

Apa2 hal pun, bersyukur laa dengan apa yang kita ada. Kerana dunia ini pinjam-pinjaman jee .... tiba masanya kita akan pulang kepada yang ' Hak '  Jangan sombong, besar diri dan berlagak kerana kita semua hanya laa hamba yang patut taat kepada sang Pencipta, Maha Agung dan Maha Besar.
Ok .... salam sejahtera dari saya untuk anda semua, bye,bye .....

Saturday, 7 July 2012

7 aum arivu

Assalamualaikum
sebelum ini saya ada cerita pasal movie tamil 7aum arivu . Memang best movie ni, meletup ! ! Bintang2 nya pun memang bagus, Suriya sebagai Bodhidharma/Aravind dan Shruti Haasan sebagai Subha.Cerita saya hanya berkisah tentang Bodhidharma di abad ke 5.Panjang lagi kisahnya .... keturunan Bodhidharma menjadi penyelamat kepada penduduk Tamilnadu dari wabak penyakit yang dibawa dari cina melalui seekor anjing jalanan.Subha seorang pelajar jurusan kejuteraan genetik telah mengenalpasti  bahawa Aravind (seorang pemain sirkus)adalah keturunan Bodhidharma melalui ujian DNA yang telah dijalankannya.Dong Lee, pelajar terbaik Shaolin dari cina ditugaskan untuk membunuh Subha yang telah menyediakan kertaskerja kajiannya mengenai Bodhidharma.
Subha telah membawa Aravind ke makmal kajiannya.Disinilah Aravind dilahirkan sebagai Bodhidharma dan bermulalah pertarungan China dengan India! ! ! Seperti biasa, kuasa jahat akan musnah jua akhirnya, begitu juga dengan movie ini. Aravind bukan saja berjaya menyelamatkan Subha dari dibunuh oleh Dong Lee, malah Aravind yang merupakan generasi Bodhidharma telah berjaya menghapuskan Dong Lee.
poster movie 7aum arivu 
Minta maap laa, kiranya anda semua tidak teruja dengan movie ini, kalau nak lebih syok dan best, apa kata beli jee dvd ke atau vcd 7 aum arivu, pasti melekat gitu ! ! hehehe .....memang berbaloi .... sebenarnya, movie tamil ni memang kelas you .... pernah nuntun ' Ghajini ' lakonan Suriya dan Asin, kemudian Amir Khan membawanya ke versi bollywood pula. Meletup! Box office! malah Asin telah berjaya pula menggondol award artis terbaik ! ! haa .... kemudian laa saya ceritakan movie tu, ok ....
suriya dan shruti haasan


adegan 7aum arivu


tarian dalam movie ini


suriya sebagai bodhidharma/aravin

shruti haasan sebagai subha

poster  7aum arivu 

adegan cemas 7aum arivu

aravind pemain sirkus

lagi poster 7aum arrivu