kawan ..... macam2 kawan ada ...... kawan setugas, kawan sepermainan, kawan sekampung, kawan sealiran, kawan satu kelas, satu sekolah, satu pejabat, satu asrama, satu rumah dan macam2 kawan lagi.
Ungkapan menyentuh perasaan ialah ' kawan ketawa senang dicari, kawan menangis susah nak dapat '
haa, betul tak?
Mari kita berbalas pantun .... |
nii .. apa ke binatang nye ... |
Sahabat......
sahabat apa pulak maknanya .... adakah sama macam kawan? tak kisah laa beb .... sahabat ke, kawan ke atau rakan ke, member ke, semuanya membawa pengertiaan yang sama, hubungan sesama manusia.Tak kira laa, hubungan tu baik ke, kekal ke, hingga akhir hayat ke atau bercakaran, kejap ada, kejap tak de .....malah hubungan suami isteri pun selalu disebut KAWAN , kawan seumur hidup tuuuu .....
Ada seorang rakan pernah berkata, kawan ada macam2 jenis kawan.Kawan yang jenis bagaimana yang anda cari? Kita sebenarnya punya banyak pilihan untuk memilih seorang sahabat daripada rakan2 kita.Dalam ramai rakan2 kita itu, kita boleh menilai yang mana satu boleh menjadi sahabat sejati kita. Penilaian kita itu semestinya yang serasi dan sekepala dengan kita.Nilai seorang sahabat lebih bermakna dibandingkan dengan kawan.Kerana dengan sahabat laa kita boleh mencurahkan rahsia hati dan perasaan kita .... huuu ....anda bagaimana pulak?
saat gembira bersama rakan menerima sijil |
Dalam ramai rakan dan kawan juga, kita dapat pengalaman dalam menjalinkan hubungan.Samada hubungan itu boleh bertahan atau cuma setakat muka pintu rumah ! ! ! ...... iya laa ..... ada kes, kawan boleh makan kawan, gunting dalam lipatan dan kawan tikam kita dari belakang ...... hee ..... kecewa sungguh laa dibuatnya.Ada kawan yang baik dengan kita, hanya untuk dapatkan sesuatu dari kita, bila dah dapat apa yang dia mau, seliseh dengan kita pun buat tak kenal jee .... hee .... teruk kan orang yang sebegini sikapnya.Baik dengan kita bersebab ! ! menyampah betul laa .... saya sendiri pernah alami bab2 begini, tak sangka orang yang dah pergi mekah buat haji, berperangai sebegini rupa .... hoi .... kau ni ros, apa hal plak mengata orang ! ! bukan mengata, cuma meluahkan rasa tak puas hati jee .... iya laa,tak sangka cempedak jadi nangka ..... huu .... sedih tau orang buat kita cam tuuu ....
yang ini pulak rakan ke, kawan ke atau sahabat? pak wee kutt ... |
aksi menarik rakan setugas bersama |
Anda bagaimana pulak, ada pengalaman tak hadapi situasi sebegini? tentu macam2 cerita ada kan, itu laa rempah ratus kehidupan. Semua itu mematang kan kita menempuh kehidupan yang berliku2 ini. Kalau ia lurus kedepan, mengantuk pulak kita kan, kalau bawa kereta, boleh terlajak dan terbabas sebab mengantuk!bila ianya berliku2, mata mesti tajam memandang, orang kata lebih berhati2 supaya tak jatuh kedalam gaung ! ! betul tak ?
jejaka idaman .... hehehe .... jangan marah ! ! |
Apa2 hal pun, bersyukur laa dengan apa yang kita ada. Kerana dunia ini pinjam-pinjaman jee .... tiba masanya kita akan pulang kepada yang ' Hak ' Jangan sombong, besar diri dan berlagak kerana kita semua hanya laa hamba yang patut taat kepada sang Pencipta, Maha Agung dan Maha Besar.
Ok .... salam sejahtera dari saya untuk anda semua, bye,bye .....
No comments:
Post a Comment