Pages

Saturday, 20 July 2013

Alhamdulillah...syukur nikmat ya Allah ! ! !

Assalamualaikum.....
alhamdulillah, syukur .... dapat lagi  kita bertemu, sihat ke semuanya ? Baik laa tuu kan.....syukur,syukur, Subhanallah, sungguh banyak nikmat yang kita terima dari Allah, tak terhitung ! ! ! kita sihat ni pun satu nikmat jugak kan ...... jadi, marilah sama-sama kita berpuasa dan beramal  di bulan yang mulia ini, bulan Ramadhan. Terima kasih ya Allah....yang telah memanjangkan usia kita untuk menikmati segala anugerahNya yang tidak ada pada bulan yang lain ini. Ingat ! bulan  Ramadhan memberikan kita banyak pahala untuk direbut, mengejar pahala yang berlipat kali ganda dengan kedatangan malam lailatul qadar dan kemenangan menyambut aidilfitri setahun sekali.

gua ajaib di Rusia

Sungguh indah gua ciptaan Allah ini

InsyaAllah....moga kita sentiasa dirahmati olehNya. Berdoalah moga kita sentiasa dalam perlindunganNya dan diberkati olehNya. Pernah tak kita terfikir, apa hadiah yang kita nak bagi kepada Allah? Subhanallah ! .... apalah yang ada pada kita....dhaifnya hambamu ini ya Allah ..... kerana itu lah kita sebagai hambanya patut berSYUKUR dan PATUH  kepada segala perintahNya dan tinggalkan segala laranganNya.
Beringatlah wahai manusia, tempatmu di dunia ini hanya sementara sebelum menuju ke alam akhirat yang kekal abadi, itulah matlamat hidup manusia  ini. Di alam dunia yang singkat inilah menentukan kemana arah kita, samada ke syurga atau ke neraka.

Gua yang menakjubkan menandakan kebesaran Allah

Syukur, hari ni dah 11 Ramadhan, 6 hari lagi, nuzul qur'an, lepas tu, tunggu pulak malam lailatul qadar, kemudian apa lagi......raya laa kitaaa.....apa macam, dah ready ke dengan baju raya...kueh raya...duit raya dan paling popular ' Open House ' .......asstaraffillullahhhhh.....tak de lain, ingat dunia jee....sabar, sabar .....dah kata kan, manusia ni mudah lupa, baru kejap nasihat bagai.... tup tup, ingat raya, mula laa nafsu tu bermaharaja, betul laa tuuuu
Apa kisah,
kubur lain2.....pandai2 laa nak hidup yeee....huuuu.....
Apa pun,
sebagai pengakhir kata, sama2 laa kita beringat yee :-

" Syukur Dapat Bonus Aidilfitri 2013
Berikut adalah beberapa garis panduan pemberian dan penerimaan bonus sebelum hari raya tahun 2013.

1. Bonus pertama akan masuk dalam tempoh 10 hari sebelum hari raya bermula 29 Julai       2013.
2. Bonus kedua akan masuk pada 8hb Ogos 2013.
3. Dibayar tahun ini juga.
4. Kadar penerimaan bonus tidak berasaskan penilaian atau gred gaji semasa.
5. Pekeliling umum sudah dikeluarkan.

Pemberian bonus bersyarat & terma.

Berikut adalah terma dan syarat yang ditentukan pembahagian dan penerimaan bonus tahun ini :

1.    Bonus pertama berupa Malam Lailatul Qadar yang tidak terdapat dalam mana-mana bulan.

2.    Bonus kedua merupakan Hari Kemenangan buat mereka yang telah melakukan ibadah puasa Ramadan dengan penuh dan cekal, khusyuk dan tawaduq.


3.    Mestilah memperhebatkan amalan ibadah di malam-malam 10 terakhir seperti yang telah disabdakan oleh Nabi Muhammad S.A.W.


4.    Dilakukan dengan ikhlas dan penuh pengharapan kepada Allah S.W.T sebagai seorang hamba.


5.    Semua pembayaran bonus adalah tertakluk kepada kehendak Allah S.W.T kerana Dialah Yang Memberi dan Maha Mengetahui. " 

Selamat menjalani ibadah puasa dan semoga kita semua sentiasa dalam redha Allah hendaknya.Amin.


Wednesday, 10 July 2013

Ramadhan bulan yang dinantikan

Assalamualaikum
hari ni.....10 Julai 2013, umat Islam di Malaysia mulai puasa di bulan Ramadhan. Tenguk tuuu.....masa begitu cepat berlalu. Rasa macam baru lagi kita berpuasa Ramadhan......rupanya tup tup.....dah setahun masa berlalu.....tup tup dah bertambah lagi usia kita.....ingat mati tak? ? yang dah pergi tuuu dah sah2 laa perginya yang tak akan kembali lagi. Yang tinggal cuma kenangan.....kita yang masih hidup ni, beringat2 laa, tempat kita juga tetap di sana, di alam kekal abadi, yang hanya Dia yang tahuuuu ! ! !


Puasa tahun ni saya dan suami, nampaknya jadi couple tua.....hehe....anak2 jauh dari kami, Eija kat Politeknik Sabak Bernam, Eina plak kat Inpent Kuala Selangor.Mak oiii.....terasa noo sunyinye.....tuu laaa akibat beranak dua orang jee.....hisss..hisss...tak baik kau ros, mengeluh gini, (cuba kau bayangkan yang dah berkahwin sepuluh tahun, masih tak ada anak tu, kesian kan, kau patut bersyukur, sekurang2nya ada gak zuriat kau di dunia ni, ada orang tu, sorang jee anak ! !) gitu laa manusia niii, bukan pandai berterima kasih apa yang ada, asyik2 bandingkan diri kita dengan orang lain, tak sudah2 mengeluhhhhh......


Ok, saya cuma nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadzan Al - Mubarak kepada semua umat Islam di dunia ni, tak kira di mana jua berada. Semoga beroleh pahala yang banyak di bulan yang penuh berkat niii.....







Saturday, 6 July 2013

Ghajini



Assalamualaikum
baru lepas menuntun movie Ghajini di saluran tv3 ,panggung sabtu tadi. Touching betul kisahnya. Rugi laa sape yang terlepas.....huhhh. Ingat tak, saya pernah janji nak ceritakan kisahnya dalam blog ni. Haa....ini laa masa yang sesuai nak bercerita. Ini heroinnya Asin sebagai Kalpana.
Asin memegang watak Kalpana
Sanjay seorang Pengerusi Syarikat Mobil Telefon
menyamar sebagai pemuda biasa

Watak  Kalpana sangat berkesan dibawa oleh Asin

Hero movie ini, Amir Khan. Sebenarnya  sebelum Amir Khan  membuat movie ini , Ghajini adalah sebuah  movie  tamil yang dibintangi oleh hero terkenal  tamil  iaitu Surya dan Nayantara heroinnya. Watak  Nayantara dalam movie bollywood dipegang oleh Jiah Khan sebagai pelajar universiti yang menyediakan thesis tentang penyakit 'LUPA'  dan  kes thesisnya tertumpu kepada Sanjay Singhania, Pengerusi sebuah syarikat mobile phone. Sanjay Singhania ingin bertemu dengan orang yang telah menggunakan namanya dalam urusan syarikatnya dan orang yang dicarinya itu adalah Kalpana seorang model iklan dan seorang gadis yang banyak mulut. Namun Sanjay tidak memperkenalkan dirinya yang sebenar dengan menyamar sebagai  pemuda biasa. Melalui perkenalan mereka, Sanjay dapatlah menilai bahawa Kalpana adalah seorang gadis yang periang dan sangat prihatin terhadap kesusahan orang lain terutamanya orang buta dan kanak2 yatim. Akibat keperihatinan Kalpana telah membawa padah kepada dirinya.Kalpana menjadi mangsa pembunuhan yang kejam yang dilakukan oleh seorang ketua gangster bernama Ghajini. Ghajini telah membunah Kalpana di pangsapuri yang telah dibeli oleh Sanjay untuk Kalpana dan di sini juga Sanjay telah menetap untuk membalas dendam kepada Ghajini. 
Amir Khan sebagai Sanjay Singhania

Filem Ghajini ini telah tersenarai sebagai filem 'Box Office'  baik  bollywood maupun  kollywood. Malah dalam  Filmfare dan IIFA Bollywood telah memenangi berbagai anugerah termasuk lah anugerah Artis Wanita Terbaik oleh Asin yang banyak membintangi  movie tamil  bersama hero tamil yang popular saperti Kamal Hasaan dan  Vijay.
Memang sedih sangat movie ini, meruntun hati sungguh. Sedih melihat kematian tragik seorang gadis yang baik hati
Si hero pula menanggung kesakitan hingga hilang ingatan (lost memory) Aduh....kejamnya si Ghajini, geram sangat kat dia, rasa nak tikam2 dan cincang 18 ! ! huhhuuu....emosi dah tu....tapi, puas hati gak, last2 mati gak si Ghajini.....hee padan muka dia, terbalas jugak kematian si Kalpana ......



  

Masuk Hospital Selayang....siapa?

Assalamualaikum
macam2 perkara berlaku......pilihan raya, kempen, jerebu, lepas tu Azizah masuk hospital ! ! Ayah eija dah tak senang duduk bila tenguk bisul di leher anaknya dah merah menyala. Si Eija tu mula2 buat  tak tau gak, bila dah sakit baru laa ambil berat......ambik kau ! ! apa lagi, pergi la Pusat Kesihatan Kecil Rawang
lepas tu kena hantar kat hospital Selayang, last sekali kena plak masuk wad.
Mula2 disyakki kena tirot, akhirnya dari bisul macam tu ...... disahkan kena Tb ! ! Allahhuakbar.......redha jee laa.......huuu.Hari jumaat 28 jun hari tu masuk wad, hari rabu 5 julai baru ni keluar dari hospital.Jenuh gak saya suami isteri mengulang ke hospital tiap hari. Hari sabtu dan ahad adik2 saya, As dan Lin dapat laa melawat, maklum bila masing2 sibuk hari2 biasa, emak ayah eija je melawat hari2 bekerja. Itu pun kawan eija,Syubi bersama 3 orang kawannya dari politeknik Sabak Bernam datang melawat pada hari Isnin 1 julai,lepas tu rakan pejabat saya Shila pulak datang melawat eija hari selasa 2 julai 2013.

Hospital  Selayang

parking hospital selayang

Aduh ! serek laa rasanya.....semua ini ujian dari Allah ! ! bertawakal jee.....semuanya ini sebagai satu peringatan kepada kita supaya sentiasa bersyukur dan redha dengan kehendakNya ! ! !