Pages

Saturday, 20 July 2013

Alhamdulillah...syukur nikmat ya Allah ! ! !

Assalamualaikum.....
alhamdulillah, syukur .... dapat lagi  kita bertemu, sihat ke semuanya ? Baik laa tuu kan.....syukur,syukur, Subhanallah, sungguh banyak nikmat yang kita terima dari Allah, tak terhitung ! ! ! kita sihat ni pun satu nikmat jugak kan ...... jadi, marilah sama-sama kita berpuasa dan beramal  di bulan yang mulia ini, bulan Ramadhan. Terima kasih ya Allah....yang telah memanjangkan usia kita untuk menikmati segala anugerahNya yang tidak ada pada bulan yang lain ini. Ingat ! bulan  Ramadhan memberikan kita banyak pahala untuk direbut, mengejar pahala yang berlipat kali ganda dengan kedatangan malam lailatul qadar dan kemenangan menyambut aidilfitri setahun sekali.

gua ajaib di Rusia

Sungguh indah gua ciptaan Allah ini

InsyaAllah....moga kita sentiasa dirahmati olehNya. Berdoalah moga kita sentiasa dalam perlindunganNya dan diberkati olehNya. Pernah tak kita terfikir, apa hadiah yang kita nak bagi kepada Allah? Subhanallah ! .... apalah yang ada pada kita....dhaifnya hambamu ini ya Allah ..... kerana itu lah kita sebagai hambanya patut berSYUKUR dan PATUH  kepada segala perintahNya dan tinggalkan segala laranganNya.
Beringatlah wahai manusia, tempatmu di dunia ini hanya sementara sebelum menuju ke alam akhirat yang kekal abadi, itulah matlamat hidup manusia  ini. Di alam dunia yang singkat inilah menentukan kemana arah kita, samada ke syurga atau ke neraka.

Gua yang menakjubkan menandakan kebesaran Allah

Syukur, hari ni dah 11 Ramadhan, 6 hari lagi, nuzul qur'an, lepas tu, tunggu pulak malam lailatul qadar, kemudian apa lagi......raya laa kitaaa.....apa macam, dah ready ke dengan baju raya...kueh raya...duit raya dan paling popular ' Open House ' .......asstaraffillullahhhhh.....tak de lain, ingat dunia jee....sabar, sabar .....dah kata kan, manusia ni mudah lupa, baru kejap nasihat bagai.... tup tup, ingat raya, mula laa nafsu tu bermaharaja, betul laa tuuuu
Apa kisah,
kubur lain2.....pandai2 laa nak hidup yeee....huuuu.....
Apa pun,
sebagai pengakhir kata, sama2 laa kita beringat yee :-

" Syukur Dapat Bonus Aidilfitri 2013
Berikut adalah beberapa garis panduan pemberian dan penerimaan bonus sebelum hari raya tahun 2013.

1. Bonus pertama akan masuk dalam tempoh 10 hari sebelum hari raya bermula 29 Julai       2013.
2. Bonus kedua akan masuk pada 8hb Ogos 2013.
3. Dibayar tahun ini juga.
4. Kadar penerimaan bonus tidak berasaskan penilaian atau gred gaji semasa.
5. Pekeliling umum sudah dikeluarkan.

Pemberian bonus bersyarat & terma.

Berikut adalah terma dan syarat yang ditentukan pembahagian dan penerimaan bonus tahun ini :

1.    Bonus pertama berupa Malam Lailatul Qadar yang tidak terdapat dalam mana-mana bulan.

2.    Bonus kedua merupakan Hari Kemenangan buat mereka yang telah melakukan ibadah puasa Ramadan dengan penuh dan cekal, khusyuk dan tawaduq.


3.    Mestilah memperhebatkan amalan ibadah di malam-malam 10 terakhir seperti yang telah disabdakan oleh Nabi Muhammad S.A.W.


4.    Dilakukan dengan ikhlas dan penuh pengharapan kepada Allah S.W.T sebagai seorang hamba.


5.    Semua pembayaran bonus adalah tertakluk kepada kehendak Allah S.W.T kerana Dialah Yang Memberi dan Maha Mengetahui. " 

Selamat menjalani ibadah puasa dan semoga kita semua sentiasa dalam redha Allah hendaknya.Amin.


No comments:

Post a Comment