Pages

Sunday 15 December 2013

SDSI Peringkat Nasional 2013 Di MITC Ayer Keroh, Melaka


Aksi Titanic...hehe....
  Pada 30 November 2013 yang lalu, saya bersama Shila, Aa, Lan dan anak saya Eija telah pergi ke Ayer Keroh,  Melaka, sempena ShowCase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) peringkat Nasional. Memang best di sana, macam2 makanan dan barangan pelbagai jenis dari seluruh negeri di Malaysia di pamerkan dan dijual kepada pengunjung yang datang melawat. Program SDSI ini dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri . Selepas melawat program SDSI di Ayer Keroh, kami di bawa pula ke bandar hilir Melaka untuk bersantai. Saya bersama Shila dan Eija sempat pula melawat dalam kapal.....huuu.....seronok jugak yee....

bersama peserta negeri sarawak

ni apa Shila...hendap jee k.ros....

Dalam kapal

Amboi, Shila n Eija sempat plak berkaroke





showcase negeri bawah bayu





dalam dek kapal


showcase Kraftangan Malaysia

best showcase ni...kan Shila
foto dalam kapal di bandar hilir Melaka
bergambar dengan Eija

seronoknya dapat naik kapal

Eija dengan ayah dan mak

Wednesday 20 November 2013

Konvokesyen UiTM 17 November 2013- Atirah Izzati (ANGAH)

Atirah Izzati senyum manis dengan jubah dan sijilnya.....tahniah Ngah......

Assalamualaikum semua......hari Ahad lepas...17 November 2013 saya pergi UiTM Shah Alam, menghadiri
 majlis konvokesyen anak adik saya Nozi, si Angah, (tu nama timangannya). Memang best giler.....meriah sungguh......satu hari tu je, lebih seribu graduan UiTM mengambil Ijazah masing2.....wou.....ramai sungguh kan....


Ketua Rombongan keluarga Encik Abdul Razak (Ajak) dalam bas UiTM menuju ke Dewan Anugerah



Amboi As dengan Dya kan main lagi posingnya.....

Yong (Ros) dgn Cik Nyah (Nozi)

Angah kan main hapy lagi bersama Nurin

Eija pun peace gakkkk bersama Kimmi.....

suamiku Basir..... senyum lebarrrrr.....

Angah bersama ayah ibu pendorong utama.....


As satu keluarga bersama Angah



Angah bersama ayah, ibu dan adik bongsu Kimmi


Alhamdulillah....nanti Sarjana pulak yeee


huuuu.....bestnya dapat bunga......


semua gembira di hari Konvo Angah


Nak jugak masuk dalam dewan....hehe.....


Angah bersama family Mak Yong

si Dya memang pandai menyelit.....

teman setia Angah di Hari Konvonya....kak Eija

adik bongsu Angah, si Kimmi je sorang dapat dtg konvo Angah....Along kat Kulim, Kedah, Ammar pun baru masuk semester pertama di USM, si adik Angah Fatihah sibuk exam SPM

Nurin pun nak try jubah dan topi konvo ni, mana tau boleh berjangkit kannnnn....

wuuuu....bestnya berangan dapat bunga....hehe....




Thursday 7 November 2013

Bersantai makan2 di Pantai Jeram


masak kupang bercili
sedap kan makan di pantai Jeram ni......


Assalamualaikum
semalam,hantar si Eina ke kolejnya di Inpen Kuala Selangor. Sebelum sampai ke kolej Eina, kami singgah makan di Restoran Aroma Ikan Bakar, pantai Jeram. Wau.... memang kelas you, makan di sini, puas hati walau pun terbang RM 130.00 ! !
Eina dan rakan kolejnya Dian

suami bersama Eija
ikan cencaru dan ikan pari bakar
butter  prawn, makanan paling mahal  RM53.00 tapi sedappppp.......


bang, lain kali kita makan kat sini lagi yee......



Saturday 19 October 2013

Idul Adha 15 Oktober 2013

Assalamualaikum
kini dah 19 haribulan Oktober 2013. Idul Adha pada selasa lepas 15 Oktober disambut penuh sederhana oleh umat Islam di Malaysia. Malah saya sekeluarga hanya menyediakan nasi beriyani paling mudah dengan lauknya rendang  dan kari ayam sahaja. Cuma As dan keluarga sahaja datang ke rumah malam rabu tuu.Suami pun tak de mud jee....tak ajak pun beraya ke rumah maknya di Desa Pandan. Tak habis merajuk lagi tu...yang kes masa raya puasa hari tuuuu ..... Esoknya, hari rabu 16hb Oktober, saya pergi kerja. Selesai buat kerja yang ' urgent ' saya mengajak Aa pergi HQ di Jalan Conlay berjumpa  Siti Musarah untuk berbincang hal perjawatan.Lama jugak si Aa menunggu saya bertemu Sarah, macam2 yang Sarah bagi maklumat perjawatan kepada saya. Nasib laa tak ramai  gak anggota kerja kat situ....tapi tabik laa Pengarah Bhg Perkhidmatan Pengurusan pun datng kerja.....sibuk lagi nak meeting ! ! !  tuu diaaaa...... Dah tengahari baru pulang pejabat Templer Park berehat di tempat sendiri sambil makan bekal nasi beriyani semalam. Sedihnya, nasi tuu tak eluk dahhhhh....sabar je..apa lagi  buang je laa...balik  dari pejabat singgah Tesco Rawang, beli makanan ! ! Tanya anak2 Eija dengan Ina, mereka nak makan KFC je. Esoknya hari Khamis, saya cuti pulak laa, nak hantar anak ke kolej masing2. Jadi cuti yang dah lulus hari Isnin (14/10/13) dan Rabu (16/10/13) diganti hari Khamis (18/10/13) pulak .......





Hari  Jumaat tu....
kami warga KMCS memasak pulak.....dengan rela hati (selalu tu dengan Puan paksa dalam rela masak tak ikhlas.....) jadi seronok kami sama2 bergotong royong masak daging blak peper, sotong butter, sayur bende dengan air buah laici dan pencuci mulut coktal buah2an. Shila dah mesej saya malam tadi bagitau rancangan masak ni......dia yang beli semua bahan untuk coktal. Alhamdulillah.....syukur, puas hati dapat masak dan makan bersama dengan tenang dan damai ..... siap lagi dengan tayangan movie.....huhuhhhh.....budak2 KMCS kata, lepas ni tamat raya sudahhhhhhhh......

Sunday 13 October 2013

Bakaugruv Morib 8 - 10 September 2013

Salam semua,
minggu lepas saya pergi kursus Bina Insan di Pantai
Morib, Bakaugruv Selangor. Saya bersama Su lilis, Din dan Syida menaiki
kereta Din bertolak dari kawasan tempat kerja kami Templer Park pada pagi
8 Oktober 2013.


Selamat Datang semua peserta
masakan di Bakaugruv memang yang terbaik
 Dewan makan
 Alhamdullillah...kami tiba di Morib hampir tengahari. Setelah membuat pendaftaran dan mendapat kunci bilik, apa lagi.....sesi bersantai2 di katil masing2 la pulak....makan tengahari dan muncul 2 peserta lagi yang sebilik dengan kami. Dua2 dari Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Putrajaya, Ina dan Isma.


bilik2 penginapan kami persis "Budak Sekolah" hehehe....

Syukur.....kursus ini membantu kami mengalami susah payah nelayan menangkap ikan di laut. Manakala aktiviti berkayak mendedahkan  kami bagaimana membina kesepakatan untuk mengharungi sungai.Memberi kesedaran dan menambah pengetahuan serta menyedari kelebihan dan kesempurnaan manusia sebagai pentadbir alam dari kaca mata wahyu. Memang seronok sangat saya dapat mengalami aktiviti lasak ini bersama adik2 yang jauh lebih muda dari saya. Saya dapat merasakan nilai2 kemesraan, semangat tolong menolong dan kerjasama yang telah diberikan. Terima kasih semua anak2 dan adik2 saya.....lima bintang gitu.....
 
 
Depan tu bilik kuliah kami. Di situ kami berkumpul membina 4 kumpulan
Petir, Kilau, Mantap dan Jati

tempat  kami  berkayak

suasana tenang dan damai untuk bersantai