Pages

Sunday 30 June 2013

Jerebu di Malaysia Berulang Lagi ! !

jerebu di Klang
Asalamualaikum
bertemu kita di pagi Ahad yang ceria (ceria sangat laa tuuu...) Hari ni 30 Jun 2013. Dah setengah tahun 2013 pagi ni.....betul kan.....huuuu kejab nye masa berlalu. Macam2 peristiwa yang berlaku sepanjang bulan jun ni.....jerebu terutamanya, kecuh gak kita rakyat Malaysia. Peristiwa ini sentiasa berulang2.....yang sedih tu keadaan jerebu ni sebab pembakaran ladang kepunyaan syarikat Malaysia jugak ! ! hee....teruk kan....

jerebu di Kuala Lumpur


Bacaan Indeks Pencemaran Udara Terkini 28 Jun 2013

Berikut adalah bacaan terkini Index Pencemaran Udara IPU Terkini Jerebu Seluruh Malaysia bagi tarikh 28 Jun 2013 dari jam 6:00 pagi hingga 11:00 malam (akan dikemaskini dari masa ke semasa) bagi kawasan-kawasan berisiko tinggi yang diambil dari Jabatan Alam Sekitar.
index pencemaran udara 28 jun 2013 Semak Bacaan Indeks Pencemaran Udara Terkini Seluruh Malaysia 28 Jun 2013

Pengiraan IPU
Nilai IPU dikira berdasarkan kepekatan purata setiap pencemar udara iaitu SO2, NO2, CO, O3 dan PM10. Pencemar udara yang dominan dengan kepekatan tertinggi diambilkira sebagai pencemar yang akan menentukan nilai IPU. Pada lazimnya, kepekatan habuk halus (PM10) adalah yang tertinggi berbanding dengan pencemar yang lain dan ini menentukan bacaan IPU.
Pembentukan ozon di permukaan bumi (O3)
Menjelang lewat tengahari atau pada awal petang, lazimnya kepekatan ozon adalah tinggi dan mendominasi bacaan IPU di sesetengah kawasan. Di bawah pengaruh cahaya matahari, oksid-oksid nitrogen dan sebatian organik meruap yang dilepaskan dari ekzos kenderaan bermotor dan industri bertindakbalas bagi membentuk ozon di permukaan bumi.
Alhamdulillah nampaknya pagi ni mencatatkan banyak perubahan dimana tiada kawasan yang berada dalam index pencemaran udara (IPU) sangat tidak sihat dan juga bahaya. Bacaan IPT tertinggi dicatatkan adalah di Kota Tinggi, Johor iaitu mencatatkan IPU 94*. Sama-sama kita berdoa supaya negara kita pulih dari fenomena jerebu ni secepat mungkin.
Laporan ini saya petik dari sebuah laman web 'fuh.my' terima kasih yee, kita berkongsi maklumat.

Thursday 13 June 2013

Bila agaknya dapat pergi Umrah ... Haji....

Assalamualaikum
baru2 nii ... lin, adik saya pergi umrah di Mekah, anaknya si nadira dan nisrina tinggal dengan mak as mereka di kiypark selayang. Punya laa lin dan azhar suaminya risaukan si nisrina, maklum laa nisrina masih kecil lagi,pulak tu sangat rapat dengan ayahnya, risau si as dan saya juga, takut si nisrin tercari2 ayah dan ibunya.
Alhamdulillah, tuhan permudahkan urusan  ibadah lin suami isteri......saya dan as pulak yang naik kesian nenguk si nisrin seronok laa pulak dia main dengan nadira dan diya (anak as). Eluk jee nisrina duduk dengan as, cuma bila teringat je, baru laa si nisrin tanya ayahnya berulang2 kali pada kami ! ! ! .... nak tanya tak pandai lagi cakap, jadi di sebut laa berulang kali ayah, ayah, ibu, ibu ..... kami pun jawab laa, ayah kat mekah, ibu pun kat mekah ! ! ! pandai pulak nisrina angguk angguk bila kami jawap begitu .....kelakar laa pulak jadinya.

Lin dengan Azhar bertemu rakan baru di Mekah

Itu laa tuhan tu maha pengasih lagi maha penyayang, dipermudahkan segala urusan anak2 mereka kepada yang tinggal ini, tak de laa pulak budak kecil tu merangam dan buat perangai, bagus jee .....syukur! syukur!
Begitu laa besarnya kuasa Allah mentadbir alam. Manusia ini yang kerdil, selalu lupa dan alpa mengingatiNya.
Lin dan Azhar bertolak ke Mekah sebelum cuti sekolah hari tu, pada 22 Mei 2013(Rabu) yang lalu. Mereka pulang  dari umrah awal jun hari tu, iaitu pada 3 Jun 2013(Isnin). Dah cuti sekolah, adik saya, Nozi yang rumah di kuala kangsar tu datang laa ke kondo as selayang. Jadi, masa lin dengan azhar pulang dari Mekah, Nozi sekeluarga bersama Shah, (adik bongsu kami) dan As pergi ambil mereka di Airpot KLIA.

Walau pergi suami isteri, di Mekah, umat Islam bersaudara! !

 Syukur, semuanya dah selesai.  Baru2 ni Lin datang rumah saya,dengar cerita Lin semasa dia mengerjakan ibadah umrah, lihat gambarnya, subhanallah, umat Islam seluruh dunia senantiasa ramai di kota Mekah. Sepanjang tahun kota Mekah tidak putus2 dikunjungi umat Islam. Mana laa orang agama lain tak cemburu dengan Kota Mekah kan ! sampai saya pun sangat teruja mendengarkan betapa indahnya mengerjakan ibadah umrah, apa lagi ibadah haji! ! Allah hu akbar, ada peluang kelak jangan laa lupa mendaftar diri dengan tabung haji untuk ke kota Mekah, insyaAllah .....

Alhamdulillah, panjang umur, murah rezeki, dapat laa pergi Mekah