Pages

Sunday 30 June 2013

Jerebu di Malaysia Berulang Lagi ! !

jerebu di Klang
Asalamualaikum
bertemu kita di pagi Ahad yang ceria (ceria sangat laa tuuu...) Hari ni 30 Jun 2013. Dah setengah tahun 2013 pagi ni.....betul kan.....huuuu kejab nye masa berlalu. Macam2 peristiwa yang berlaku sepanjang bulan jun ni.....jerebu terutamanya, kecuh gak kita rakyat Malaysia. Peristiwa ini sentiasa berulang2.....yang sedih tu keadaan jerebu ni sebab pembakaran ladang kepunyaan syarikat Malaysia jugak ! ! hee....teruk kan....

jerebu di Kuala Lumpur


Bacaan Indeks Pencemaran Udara Terkini 28 Jun 2013

Berikut adalah bacaan terkini Index Pencemaran Udara IPU Terkini Jerebu Seluruh Malaysia bagi tarikh 28 Jun 2013 dari jam 6:00 pagi hingga 11:00 malam (akan dikemaskini dari masa ke semasa) bagi kawasan-kawasan berisiko tinggi yang diambil dari Jabatan Alam Sekitar.
index pencemaran udara 28 jun 2013 Semak Bacaan Indeks Pencemaran Udara Terkini Seluruh Malaysia 28 Jun 2013

Pengiraan IPU
Nilai IPU dikira berdasarkan kepekatan purata setiap pencemar udara iaitu SO2, NO2, CO, O3 dan PM10. Pencemar udara yang dominan dengan kepekatan tertinggi diambilkira sebagai pencemar yang akan menentukan nilai IPU. Pada lazimnya, kepekatan habuk halus (PM10) adalah yang tertinggi berbanding dengan pencemar yang lain dan ini menentukan bacaan IPU.
Pembentukan ozon di permukaan bumi (O3)
Menjelang lewat tengahari atau pada awal petang, lazimnya kepekatan ozon adalah tinggi dan mendominasi bacaan IPU di sesetengah kawasan. Di bawah pengaruh cahaya matahari, oksid-oksid nitrogen dan sebatian organik meruap yang dilepaskan dari ekzos kenderaan bermotor dan industri bertindakbalas bagi membentuk ozon di permukaan bumi.
Alhamdulillah nampaknya pagi ni mencatatkan banyak perubahan dimana tiada kawasan yang berada dalam index pencemaran udara (IPU) sangat tidak sihat dan juga bahaya. Bacaan IPT tertinggi dicatatkan adalah di Kota Tinggi, Johor iaitu mencatatkan IPU 94*. Sama-sama kita berdoa supaya negara kita pulih dari fenomena jerebu ni secepat mungkin.
Laporan ini saya petik dari sebuah laman web 'fuh.my' terima kasih yee, kita berkongsi maklumat.

No comments:

Post a Comment