Pages

Saturday 6 July 2013

Ghajini



Assalamualaikum
baru lepas menuntun movie Ghajini di saluran tv3 ,panggung sabtu tadi. Touching betul kisahnya. Rugi laa sape yang terlepas.....huhhh. Ingat tak, saya pernah janji nak ceritakan kisahnya dalam blog ni. Haa....ini laa masa yang sesuai nak bercerita. Ini heroinnya Asin sebagai Kalpana.
Asin memegang watak Kalpana
Sanjay seorang Pengerusi Syarikat Mobil Telefon
menyamar sebagai pemuda biasa

Watak  Kalpana sangat berkesan dibawa oleh Asin

Hero movie ini, Amir Khan. Sebenarnya  sebelum Amir Khan  membuat movie ini , Ghajini adalah sebuah  movie  tamil yang dibintangi oleh hero terkenal  tamil  iaitu Surya dan Nayantara heroinnya. Watak  Nayantara dalam movie bollywood dipegang oleh Jiah Khan sebagai pelajar universiti yang menyediakan thesis tentang penyakit 'LUPA'  dan  kes thesisnya tertumpu kepada Sanjay Singhania, Pengerusi sebuah syarikat mobile phone. Sanjay Singhania ingin bertemu dengan orang yang telah menggunakan namanya dalam urusan syarikatnya dan orang yang dicarinya itu adalah Kalpana seorang model iklan dan seorang gadis yang banyak mulut. Namun Sanjay tidak memperkenalkan dirinya yang sebenar dengan menyamar sebagai  pemuda biasa. Melalui perkenalan mereka, Sanjay dapatlah menilai bahawa Kalpana adalah seorang gadis yang periang dan sangat prihatin terhadap kesusahan orang lain terutamanya orang buta dan kanak2 yatim. Akibat keperihatinan Kalpana telah membawa padah kepada dirinya.Kalpana menjadi mangsa pembunuhan yang kejam yang dilakukan oleh seorang ketua gangster bernama Ghajini. Ghajini telah membunah Kalpana di pangsapuri yang telah dibeli oleh Sanjay untuk Kalpana dan di sini juga Sanjay telah menetap untuk membalas dendam kepada Ghajini. 
Amir Khan sebagai Sanjay Singhania

Filem Ghajini ini telah tersenarai sebagai filem 'Box Office'  baik  bollywood maupun  kollywood. Malah dalam  Filmfare dan IIFA Bollywood telah memenangi berbagai anugerah termasuk lah anugerah Artis Wanita Terbaik oleh Asin yang banyak membintangi  movie tamil  bersama hero tamil yang popular saperti Kamal Hasaan dan  Vijay.
Memang sedih sangat movie ini, meruntun hati sungguh. Sedih melihat kematian tragik seorang gadis yang baik hati
Si hero pula menanggung kesakitan hingga hilang ingatan (lost memory) Aduh....kejamnya si Ghajini, geram sangat kat dia, rasa nak tikam2 dan cincang 18 ! ! huhhuuu....emosi dah tu....tapi, puas hati gak, last2 mati gak si Ghajini.....hee padan muka dia, terbalas jugak kematian si Kalpana ......



  

No comments:

Post a Comment