Pages

Saturday, 6 August 2011

RAMADAN BULAN YANG MULIA

Sudah seminggu kita, umat Islam berpuasa sejak 1hb. Ogos 2011 yang lalu. Alhamdullillah .... syukur kita dapat bernafas di bumi Malaysia yang tercinta ini. Melihat nasib rakan2 Islam yang lain di seluroh penjuru dunia ini, kita rakyat Malaysia harus bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih kekal tinggal di tanah air yang bebas dari segala malapetaka samada gempa bumi, ribut taufan atau tsunami.

Marilah sama2 kita tingkatkan  amal ibadah kita di bulan yang mulia ini. Semoga segala amalan kita diterima dan diberkati oleh Allah yang maha esa. Bercerita tentang bulan puasa ini, sejak seminggu kita berpuasa, tiap hari balik dari pejabat saya terus jee masak untuk berbuka.Best laa pulak masak sendiri ni ..... makanannya dah gerenti bersih dan boleh pulak bertahan sampai bersahor ...... hee .... untung tuu ..... saya cuma beli kuih2 manis sahaja untuk berbuka. Kurma memang tak lupa, sebelum ramadan dah berlambak dijual, beli jee laa ..... anak sulong saya,  si Eija memang dah berpesan kat saya, nak buat karipap banyak2 simpan stok 2, 3 hari . Nikmatnya dapat berbuka puasa hasil makanan buatan tangan sendiri. Belanja pun dapat dikurangkan dan paling syok, PUAS HATI ...... tak percaya ? cuba laa .....


inti karipap kentang

karipap yang belum digoreng

siap .... karipap ....enaknya ....


selamat berbuka puasa !

No comments:

Post a Comment