Pages

Saturday, 24 September 2011

Selamat Berpuasa dan Aidilfitri

Assalamualaikum
Lama benar saya tak update blog saya ni ..... macam2 cerita ada ..... nak mula yang mana satu agaknya. Bermula dari bulan puasa, bulan ramadan, bulan Ogos 2011 kisah di pejabat, setiap hari ada bacaan surah yasin hinggakan adik2saya sepejabat tu boring giler ..... haha ..... sabar je laa ..... memang perkara yang baik tu payah nak disukai orang ! ! .... lepas tu episod beraya pulak.
Saya tahun ni tak raya di kampung pun ..... betul, ayah emak saya dah lama tak ada (ayah meninggal semasa saya belum berumahtangga manakala emak saya pula pergi menghadap ilahi tahun 2006) tapi adik2 saya ada tiga orang kat kampung tu.Kampung halaman tetap terpahat kejab dihati .... kalau boleh kubur saya pun biarlah di kampung jua. Terlalu banyak kisah2 pahit dan manis menjadi kenangan yang terindah dalam hidup saya di kampung tuu .... eei ala ... feeling2 laa pulak .....
Raya pertama, lepas solat raya saya bergambar dengan famili di kedai gambar. Ini merupakan idea anak sulong saya yang mahu foto famili digantung diruang tamu rumah kami.Macam biasa, kami beraya kat Desa Pandan rumah mak mertua saya.Berseliseh pulak dengan abang ipar saya yang baru keluar dari rumah emaknya. Kat rumah mak mertua saya tu ada cucu2 kesayangannya bersama seorang teruna yang tidak kami kenal ! ! ! Nak jadi cerita .... si teruna tu kisahnya 'Pak We' cucu kesayangan mak mertua saya tuu ..... punya laa baran suami saya bila dapat tau kisah sebenar. sebab cucu kesayangan emaknya perkenalkan lelaki tu sebagai sepupu dia ..... haa sudah .... bijaknya remaja sekarang menipu ! ! umur baru 16 tahun dah pandai ber pak we ... dah tu dia sendiri tak sekolah pulak. Kisahnya, kena buang sekolah ! ! hai ... apa nak jadi ..... pening kepala bapak sedara dan mak sedara nenguk kan feelnya tu .....
Raya kedua beraya rumah anak sedara suami kat Jinjang. Dari Jinjang terus pulak ke Melaka, rumah adik ipar. Di Melaka inilah kisah emak mertua dengan cucu2 kesayangannya hangat diperdebatkan. Dari sini laa saya baru mengenali sifat sebenar 'Ibu Mertuaku' . Maaf cakap , bukan mengata, bukan menghina, inilah realiti sebenar yang terpaksa saya terima. Mak mertua saya ni memang seorang yang dhaif .... segala2nya  dunia akhirat .... sedih, cukup sedih ... malu saya nak berkongsi cerita sedih pilu ini ... Biarlah Rahsia ! !
Di Melaka, bersama adik2 ipar saya dengan anak masing2, kami melayari sungai Melaka di waktu malam. Indah sungguh pemandangannya ....naik beca lagi sambil berfoto .... penat badan tapi puas hati ! !

No comments:

Post a Comment