Pages

Monday, 27 May 2013

Nurul Izzah Anwar


Ini Nurul Izzah Anwar .....sape yang tak kenal wajah ayu ini. Hehehe...banyak sebab kenapa Izzah amat terkenal.Seorang wakil rakyat wanita yang muda. Seorang isteri yang punya dua orang anak. Dan...paling penting dia adalah anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim ! ! ! kenapa Izzah popular? (sory ye artis2 Malaysia, Izzah  popular sama macam kau orang jugak...huh huu...) banyak sebab sebenarnya.....
Pertama
dah tentu la, sebab dia anak kepada seorang pemimpin tersohor Malaysia, Anwar Ibrahim. Kerana Anwar, politik Malaysia sentiasa bergolak, menjadi isu bertahun2 sampai sekarang......
Kedua
dalam PRU12 2008, Izzah telah berjaya mengalahkan wakil rakyat Lembah Pantai Barisan Nasional Shahrizad Abdul Jalil ! ! (kesian Shahrizat....nampaknya bintangnya terus merudum jatuh sampai sekarangggg....huuu,sedih! sedih! )
Ketiga
Izzah berkahwin semasa ayahnya Anwar Ibrahim masih dalam penjara pada tahun 2003. Anwar bagaimana pun telah berjaya mewalikan pernikahan anaknya Nurul Izzah dengan Raja Ahmad Shahrir Iskandar seorang kerabar Diraja Johor.
Seterusnya,
Izzah menjadi srikandi berjuang mempertahankan maruah ayahnya Anwar Ibrahim yang telah dituduh meliwat dan salah guna kuasa sehingga Izzah digelar sebagai Puteri Reformasi dan pernah bertemu dengan President Filifina Joseph Estrada untuk membantu ayahnya itu.Semasa itu Izzah baru berusia 18 tahun.
Lihat lah Dunia .......
siapa kata anak perempuan tidak boleh berjuang untuk mempertahankan maruah keluarga? Contoh sudah ada depan mata.Lihatlah....betapa cekal dan tabah hati seorang wanita bernama Nurul Izzah yang berjuang untuk ayahanda tersayang.
Lihat lah dunia .........
seorang srikandi telah lahir di bumi Malaysia
Lihat lah dunia ..........
seorang wanita telah mengharungi kehidupan yang penuh duri dan onak, berjalan atas bara api mengharungi segala kepayahan hidup berliku semenjak usia remaja 18 tahun sehingga sekarang 33 tahun ! ! Itulah
Nurul Izzah Anwar ! ! !





















No comments:

Post a Comment