baru2 nii ... lin, adik saya pergi umrah di Mekah, anaknya si nadira dan nisrina tinggal dengan mak as mereka di kiypark selayang. Punya laa lin dan azhar suaminya risaukan si nisrina, maklum laa nisrina masih kecil lagi,pulak tu sangat rapat dengan ayahnya, risau si as dan saya juga, takut si nisrin tercari2 ayah dan ibunya.
Alhamdulillah, tuhan permudahkan urusan ibadah lin suami isteri......saya dan as pulak yang naik kesian nenguk si nisrin seronok laa pulak dia main dengan nadira dan diya (anak as). Eluk jee nisrina duduk dengan as, cuma bila teringat je, baru laa si nisrin tanya ayahnya berulang2 kali pada kami ! ! ! .... nak tanya tak pandai lagi cakap, jadi di sebut laa berulang kali ayah, ayah, ibu, ibu ..... kami pun jawab laa, ayah kat mekah, ibu pun kat mekah ! ! ! pandai pulak nisrina angguk angguk bila kami jawap begitu .....kelakar laa pulak jadinya.
Lin dengan Azhar bertemu rakan baru di Mekah |
Itu laa tuhan tu maha pengasih lagi maha penyayang, dipermudahkan segala urusan anak2 mereka kepada yang tinggal ini, tak de laa pulak budak kecil tu merangam dan buat perangai, bagus jee .....syukur! syukur!
Begitu laa besarnya kuasa Allah mentadbir alam. Manusia ini yang kerdil, selalu lupa dan alpa mengingatiNya.
Lin dan Azhar bertolak ke Mekah sebelum cuti sekolah hari tu, pada 22 Mei 2013(Rabu) yang lalu. Mereka pulang dari umrah awal jun hari tu, iaitu pada 3 Jun 2013(Isnin). Dah cuti sekolah, adik saya, Nozi yang rumah di kuala kangsar tu datang laa ke kondo as selayang. Jadi, masa lin dengan azhar pulang dari Mekah, Nozi sekeluarga bersama Shah, (adik bongsu kami) dan As pergi ambil mereka di Airpot KLIA.
Walau pergi suami isteri, di Mekah, umat Islam bersaudara! ! |
Syukur, semuanya dah selesai. Baru2 ni Lin datang rumah saya,dengar cerita Lin semasa dia mengerjakan ibadah umrah, lihat gambarnya, subhanallah, umat Islam seluruh dunia senantiasa ramai di kota Mekah. Sepanjang tahun kota Mekah tidak putus2 dikunjungi umat Islam. Mana laa orang agama lain tak cemburu dengan Kota Mekah kan ! sampai saya pun sangat teruja mendengarkan betapa indahnya mengerjakan ibadah umrah, apa lagi ibadah haji! ! Allah hu akbar, ada peluang kelak jangan laa lupa mendaftar diri dengan tabung haji untuk ke kota Mekah, insyaAllah .....
Alhamdulillah, panjang umur, murah rezeki, dapat laa pergi Mekah |
No comments:
Post a Comment