Pages

Friday 8 June 2012

Seronoknya lalu jalan kampung dan jumpa opah ! !

Assalamualaikum
Hari Sabtu yang lalu 2hb. Jun 2012, saya dan keluarga balik kampung di Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak. Kami tidak melalui lebuhraya utara-selatan saperti biasa. Tetapi melalui jalan Kuala Selangor-Sabak Bernam-Sitiawan-Kuala Kangsar .... jalan tanpa tol, tapi minyak kereta laa yang parah sikit. Bagaimana pun, kami sekeluarga enjoy sangat, walaupun meredah jalan berliku-liku dan gelap ! !
halaman kampung tenang dan damai

rumah idamanku bila besara nanti ....

Kami tiba kampung, dah jam 8.30 malam. Bertolak dari Politeknik Sabak Bernam selepas solat asar. Si Eija seronok sangat dah tiba kampung sampai sanggup berlapar ! ! Eija dari Sabak Bernam tak makan apa2 pun,punya laa exited you ...... suami pulak makan tengahari di Kuala Selangor , belikan nasi goreng untuk si Eina dan Eija, Eina sorang jee makan, si Eija asyik laa nak cepat sampai kampung ! ! Eija pulak yang memandu kereta dari rumah, Taman Tun Teja sampai laa kampung, punya laa tahan perut anak dara saya tuu ..... hee ..... darah muda, gitu laa .... macam suami masa muda2 dulu sanggup berlapar sebab nak jumpa saya kat kampung tuu .... hehee .... gitu laa semangat muda kan.

masjid di Bukit Chandan Kuala Kangsar



Trademark 'pekan kuala' JAM BESAR

Galeri Sultan Azlan Shah 



Homestay Kuala Kangsar

Labu Sayong Kuala Kangsar

Resort  Sungai Perak di Kuala Kangsar

Eh ! ada ultraman kat Jambatan Kuala Kangsar ke Sayong !

Laksa Pak Ngah mengancam sangat ....

Heehe ... ais blend pun ada kat Kuala .... caya laa

Kami sekeluarga di kampung tak lama, hari Isnin dah balik Rawang. Tapi kami singgah pulak di Ipoh, Taman Cempaka, jumpa opah saya.(emak arwah ayah saya) Alhamdulillah .... sihat lagi opah saya tu .....mulutnya tetap ramah bercerita itu ini dengan kami adik beradik. Terlerai juga rindu kami kepada opah. Adik bongsu arwah ayah, yang kami panggil Cu Die riuh rendah menjemput kami adik beradik datang lagi ke rumahnya hujung tahun ini untuk majlis kawin anaknya, sepupu kami. InsyaAllah, kami adik beradik akan hadir dan pulang ke kampung lagi awal Disember 2012 ini ........

No comments:

Post a Comment