Pages

Tuesday 26 June 2012

'BODHIDHARMA'

Assalamualaikum
minat sejarah tak? Kita belajar hidup sebenarnya melalui sejarah, tak pecaya?Dari sejarah, kita tau asal usul kita dan melalui sejarah, kita dapat memperbaiki kehidupan dan mempelajari ilmu lebih baik untuk generasi kita akan datang.
Dari timur ke barat dan barat ke timur, sejarah telah membongkar segala rahsia alam, baik di bumi mau pun di langit. Ilmu Allah sangat luas, sedalam lautan dan setinggi langit.Renung lah bintang di langit, pasti kita teruja, selesai hujun turun, muncul pula pelangi yang penuh warna warni, cantik bukan ! .... Jadi, jangan sia-siakan kehidupan dunia yang sementara ini. Berbuat baik lah dengan semua orang, berbakti kepada ibubapa dan taburkan bakti untuk diri, keluarga dan negara tercinta.
Amboi mak .... nak cerita apa ni? panjang benar mukadimahnya ..... hehehe ..... saspen ....tanya lagi ni,banyak2 negara, negara mana yang paling banyak sejarahnya .... China, India, Eropah ke? haa .... ni nak cerita pasal India la, apa macam, nak tak?
Dalam masa terdekat ni, ada nuntun movie 7aum arivu, jangan tak tau, ini sebuah movie tamil yee ....hee apa istimewanya? haa .... inilah yang nak cerita ni ....best tu,  ...kisah tentang wabak penyakit yang berlaku di India, tapi pembawa wabak penyakit ini datang dari negara cina ! ! wau, apa kes pulak ni .....penyakit ini muncul di India semata-mata untuk membunuh keturunan Bodhidharma ! !
Bodhidharma dari dinasti Pallava India
Sape lah pulak Bodhidharma ni?..... inilah pentingnya sejarah ! ! haa, nampak tak ....Bodhidharma ni seorang raja tamil dinasti Pallava abad ke 5 yang beragama buddha. Beliau telah di arahkan oleh gurunya pergi ke China. Setibanya di China,Bodhidharma tidak di terima oleh penduduk kampung  tetapi bila beliau dapat mengubati penyakit seorang kanak2 perempuan , mereka telah melantiknya menjadi ketua .
Bodhidharma bukan sahaja seorang dukun, malah telah mengajar penduduk cina tersebut seni pertahanan diri 'shaolin' ....sayang ....beliau telah diracun, lalu membawa kepada kematiannya.
bersama kanak2 perempuan yang diubatinya

Namun tidak dinafikan sumbangannya kepada sejarah negara cina, agama buddha menjadi agama pegangan penduduk cina hingga kini dan seni pertahanan diri 'shaolin' menjadi satu budaya bagi orang cina ..... ini laa kehebatan raja india yang cuba disampaikan melalui movie ini ! ! percaya ke tidak ni? haa .... sejarah tidak boleh ditipu ....begitu juga sejarah adam dan hawa, sepasang manusia pertama yang menjadi ibu ayah manusia sekarang ! ! begitu hebat perancangan Allah, semua kejadian bersebab dan ada akibatnya .....

poster movie  7aum arivu





No comments:

Post a Comment