Pages

Saturday 7 July 2012

7 aum arivu

Assalamualaikum
sebelum ini saya ada cerita pasal movie tamil 7aum arivu . Memang best movie ni, meletup ! ! Bintang2 nya pun memang bagus, Suriya sebagai Bodhidharma/Aravind dan Shruti Haasan sebagai Subha.Cerita saya hanya berkisah tentang Bodhidharma di abad ke 5.Panjang lagi kisahnya .... keturunan Bodhidharma menjadi penyelamat kepada penduduk Tamilnadu dari wabak penyakit yang dibawa dari cina melalui seekor anjing jalanan.Subha seorang pelajar jurusan kejuteraan genetik telah mengenalpasti  bahawa Aravind (seorang pemain sirkus)adalah keturunan Bodhidharma melalui ujian DNA yang telah dijalankannya.Dong Lee, pelajar terbaik Shaolin dari cina ditugaskan untuk membunuh Subha yang telah menyediakan kertaskerja kajiannya mengenai Bodhidharma.
Subha telah membawa Aravind ke makmal kajiannya.Disinilah Aravind dilahirkan sebagai Bodhidharma dan bermulalah pertarungan China dengan India! ! ! Seperti biasa, kuasa jahat akan musnah jua akhirnya, begitu juga dengan movie ini. Aravind bukan saja berjaya menyelamatkan Subha dari dibunuh oleh Dong Lee, malah Aravind yang merupakan generasi Bodhidharma telah berjaya menghapuskan Dong Lee.
poster movie 7aum arivu 
Minta maap laa, kiranya anda semua tidak teruja dengan movie ini, kalau nak lebih syok dan best, apa kata beli jee dvd ke atau vcd 7 aum arivu, pasti melekat gitu ! ! hehehe .....memang berbaloi .... sebenarnya, movie tamil ni memang kelas you .... pernah nuntun ' Ghajini ' lakonan Suriya dan Asin, kemudian Amir Khan membawanya ke versi bollywood pula. Meletup! Box office! malah Asin telah berjaya pula menggondol award artis terbaik ! ! haa .... kemudian laa saya ceritakan movie tu, ok ....
suriya dan shruti haasan


adegan 7aum arivu


tarian dalam movie ini


suriya sebagai bodhidharma/aravin

shruti haasan sebagai subha

poster  7aum arivu 

adegan cemas 7aum arivu

aravind pemain sirkus

lagi poster 7aum arrivu

No comments:

Post a Comment