Pages

Tuesday 24 September 2013

Samsung Galaxy Ace Plus




Assalamualaikum
anda guna handphone jenis apa? Baru2 ni saya beli hp baru - Samsung Galaxy Ace Plus . Menurut suami hp baru saya tu sama macam si Eija punya. Nanti boleh la Eija ajar saya cara nak guna hp tu. Emmm....betul gak tu yee. Maka berhabis la duit saya RM650 untuk pembelian hp baru tu. Beli di Tesco Rawang , senang kalau ada apa2 masalah, boleh je singgah untuk repair. Macam gak saya  beli laptop yang saya pakai ni....sama gak kat Tesco Rawang jugak.




 


Tak kira laa jenis apa pun hp saya, janji dapat call , simpan nombor2 telefon suami, anak2, adik2 saya jugak rakan sekerja saya, dah cukup baik buat saya. Itu pun dah seribu rahmat dah. Lama dah saya gunakan hp nokia sejak mula saya pakai hp. Saya beli hp nokia saya tu pun sebab dapat APC tahun 2009 ! ! tenguk tu, berapa lama dah saya bertahan dengan hp nokia tuuuu......





Saya pun bukan lama lagi bekerja ni.....tahun depan je 2014, awal tahun 2015 pencen laa......Berbalik pasal hp Samsung Galaxy baru saya ni.....beli ni ada sebab musababnya jugak. Punya la teruk saya cari charges nokia saya tu, tak jumpa2, tu yang nekad jee saya beranikan diri beli hp baru ni....huhuhu....





Sunday 22 September 2013

Nilai Persahabatan

Assalamualaikum
cuti2 hujung minggu ni, tak kemana2, bertapa jee  kat rumah. Dua orang anak gadis saya tu, masing2 kat kolej, jadi dapat kami suami isteri berehat kat rumah. Bestnya dapat merehatkan badan dan otak ! ! Penat badan ni tak sudah2, maklum dah berusia begini.....nasib baik jugak kaki saya dah pulih dari sakit2. Kalau tidak kaki sebelah kiri ni, nak sujud waktu solat, kan main sakitnya lagi. Alhamdullillah sejak buat terapi di Tesco, Rawang hari tu bertambah kurang la kesakitannya....
Hari ni dah 22 September 2013. Minggu depan keluar la gaji, kan....suami dah libang libu, asyik dapat call dari anak2 untuk belanja mereka. Selalunya, saya la jadi mangsa keluarkan duit untuk anak2! ! Aduhai, nasib la pandai berjimat, boleh je bank in duit untuk anak2. Ini bukan nak bangga diri atau mengeluh, itu la hakikat kehidupan  ini. Itu baru 2 anak, bagaimana yang anak semua sedang belajar macam adik2 saya, Nozi dan Eri, semua anak2 tinggal asrama dan sambung belajar.....aduh pening kepala nak sediakan duit poket untuk anak2. Zaman sekarang, duit dalam tangan tak cukup2, dengan barang naik harga, duit minyak keretanya, duit tolnya, duit belanja hari2 dengan barang2 keperluan sehariannya, kena pandai la berjimat dan berbelanja berhemah, kata orang, kalau tidak, gali lubang, tutup lubang tiap bulan.....
Ok,
dah berdua je suami isteri kat rumah, sunyi laa pulak ! ! pergi rumah sewa si Eija kat Sabak tu ada la anak kucing baru lahir, konon nak bela nanti.....huh.....tercapai tidak impian ni, wallahhualam.....embah tuan rumah Eija pun tak kisah, sekiranya saya nak bawa pulang sekor anak kucing tuuu.....cerita pasal kucing ni, saya ada baca di internet, ada kucing yang berkawan baik dengan musang.....pelik ke tidak ?










Apa macam, percaya tak lihat gambar2 kat atas ni ? tu dia, binatang pun reti nak berkawan, apa lagi kita manusia ni. Jadi, hargailah persahabatan kita, tak kira la, dengan rakan sekerja ke, rakan facebook ke, rakan kursus ke, apa lagi kita adik beradik dan anak beranak, lagi patut jaga. Terutama hubungan kita daengan suami, anak2 khasnya. Jangan la ada sifat membenci dan bangga diri. Selalu la muhasabah diri ! !
Kita hidup di dunia ni, sementara je selagi tidak dipanggil tuhan, hidup laa kita. Bayangkan, hidup yang sementara ini la kita kenal mengenal antara satu sama lain, hidup yang sementara ini la, kita berpeluang menikmati segala keindahan alam, belajar cara hidup paling sempurna dan menabur bakti kepada diri kita sendiri, ayah ibu, suami isteri, anak2 cucu cicit dan keturunan kita hanya dengan satu matlamat kehidupan iaitu mencari Keredhaan Allah.....subhanallah.....semoga kita sentiasa hidup berkasihsayang dan selamakan bumi ini dari malapetaka yang kita cipta sendiri ! !

Tuesday 17 September 2013

Open House


nak rehat pulak yee....
Assalamualaikum
alhamdulillah.....bertemu lagi kita, apa khabar semua. Moga sihat dan bahagia selalu hendaknya....Amin....Catatan terakhir hari tuu, ucapan salam aidilfitri untuk semua.Lepas Aidilfitri, sambut hari merdeka laa pulak, 31 Ogos, kemudian 16 September, Hari Malaysia. Ok, hari raya hari tu, saya sekeluarga beraya di Desa Pandan (biasa laa, memang tiap  tahun, raya pertama di Desa Pandan laa tempat kunjungan raya kami sekeluarga, bertemu mak suami dan adik beradik suami....maklum mak saya di kampung Kuala Kangsar dah lama meninggal dunia, tahun 2006) Dan raya tahun ni, jadi satu kesedihan pulak bagi kami sekeluarga ! ! huhu....sedih betul, patutnya raya setahun sekali ni, kita semua bermaaf-maafan, tapi jadi sebaliknya, putus saudara pulak dah......malas nak komen panjang2, suami marah ! ! !

aduh...frustnya...huhu.....
Nasib baik adik2 saya, As, Lin dan Shah semuanya datang beraya di rumah, dan  paling saya tak sangka, Eri adik yang di kampung Kuala Kangsar tuuuu pun datang beraya ! ! ! terharu gituuuuu.......terima kasih laa adik2 ku semua. Anak2, Azizah, Arina masing2 cuti terhad. Azizah, hari Ahad tu, 11 Ogos dah hantar balik ke Sabak Bernam, manakala Arina hari Selasa 13 Ogos dah hantar ke Kuala Selangor. Saya sendiri, hari Rabu 14 Ogos dah balik kerja semula ! ! !
Saya dan suami asyik laa berulang alik ke Sabak Bernam dan Kuala Selangor setiap hujung minggu gara2 melayan kerenah dua orang anak dara saya tuuuuu.....Paling kesian, Si Eija (Azizah) saspek tb laa, tumbuh bisul kat leher. Sebelum puasa dah admit hospital Selayang. Lama pulak, seminggu you.....lepas tu sampai sekarang, bisulnya lambat betul nak surut, lepas satu, satu timbul lagi bisulnya. Haa, nasib kau lee Eija, dugaan betul dia semester akhir di Politeknik Sabak Bernam....cubaan ! ! !

sory..sory..jangan tembak, ngaku kalah....
tenguk tuu...ini laa nilai persahabatan

Pada 4 September lepas, pejabat saya buat ' Open House '. Hiiii, penat beb,majoriti makanan kami yang masak, maklum, bos kami tu jenis suka masak2, jadi makanan air tangan bos sendiri sampai kerja2 mengemas, membasuh pinggan mangkuk pun bos jugak yang buat ! ! ! Bos mau  'Open Hous'  tu bertaraf  5  bintang ! ! ! Mak oiii....nak kata apa, ' Kami Yang Menurut Perintah' ikut jee la kata bos, walau ramai yang tak setuju masak sendiri, tapi dah itu kemahuan bos terpaksa ikut jee.....penatnya tak habis lagi sampai sekarang ! ! !

Sekarang, semua dah selesai. Kerja pun dah bermula, sibuk, sibuk dan sibuk. Ingat pasal  kerja memang tak habis2. Saya ni menunggu tahun depan  jee...pencen....hehe, seronok  kan, tak perlu fikir pasal  punch card, pasal cuti, pasal  surat, bla, bla dan bla.....ok....sampai sini dulu....bye