Pages

Tuesday 17 September 2013

Open House


nak rehat pulak yee....
Assalamualaikum
alhamdulillah.....bertemu lagi kita, apa khabar semua. Moga sihat dan bahagia selalu hendaknya....Amin....Catatan terakhir hari tuu, ucapan salam aidilfitri untuk semua.Lepas Aidilfitri, sambut hari merdeka laa pulak, 31 Ogos, kemudian 16 September, Hari Malaysia. Ok, hari raya hari tu, saya sekeluarga beraya di Desa Pandan (biasa laa, memang tiap  tahun, raya pertama di Desa Pandan laa tempat kunjungan raya kami sekeluarga, bertemu mak suami dan adik beradik suami....maklum mak saya di kampung Kuala Kangsar dah lama meninggal dunia, tahun 2006) Dan raya tahun ni, jadi satu kesedihan pulak bagi kami sekeluarga ! ! huhu....sedih betul, patutnya raya setahun sekali ni, kita semua bermaaf-maafan, tapi jadi sebaliknya, putus saudara pulak dah......malas nak komen panjang2, suami marah ! ! !

aduh...frustnya...huhu.....
Nasib baik adik2 saya, As, Lin dan Shah semuanya datang beraya di rumah, dan  paling saya tak sangka, Eri adik yang di kampung Kuala Kangsar tuuuu pun datang beraya ! ! ! terharu gituuuuu.......terima kasih laa adik2 ku semua. Anak2, Azizah, Arina masing2 cuti terhad. Azizah, hari Ahad tu, 11 Ogos dah hantar balik ke Sabak Bernam, manakala Arina hari Selasa 13 Ogos dah hantar ke Kuala Selangor. Saya sendiri, hari Rabu 14 Ogos dah balik kerja semula ! ! !
Saya dan suami asyik laa berulang alik ke Sabak Bernam dan Kuala Selangor setiap hujung minggu gara2 melayan kerenah dua orang anak dara saya tuuuuu.....Paling kesian, Si Eija (Azizah) saspek tb laa, tumbuh bisul kat leher. Sebelum puasa dah admit hospital Selayang. Lama pulak, seminggu you.....lepas tu sampai sekarang, bisulnya lambat betul nak surut, lepas satu, satu timbul lagi bisulnya. Haa, nasib kau lee Eija, dugaan betul dia semester akhir di Politeknik Sabak Bernam....cubaan ! ! !

sory..sory..jangan tembak, ngaku kalah....
tenguk tuu...ini laa nilai persahabatan

Pada 4 September lepas, pejabat saya buat ' Open House '. Hiiii, penat beb,majoriti makanan kami yang masak, maklum, bos kami tu jenis suka masak2, jadi makanan air tangan bos sendiri sampai kerja2 mengemas, membasuh pinggan mangkuk pun bos jugak yang buat ! ! ! Bos mau  'Open Hous'  tu bertaraf  5  bintang ! ! ! Mak oiii....nak kata apa, ' Kami Yang Menurut Perintah' ikut jee la kata bos, walau ramai yang tak setuju masak sendiri, tapi dah itu kemahuan bos terpaksa ikut jee.....penatnya tak habis lagi sampai sekarang ! ! !

Sekarang, semua dah selesai. Kerja pun dah bermula, sibuk, sibuk dan sibuk. Ingat pasal  kerja memang tak habis2. Saya ni menunggu tahun depan  jee...pencen....hehe, seronok  kan, tak perlu fikir pasal  punch card, pasal cuti, pasal  surat, bla, bla dan bla.....ok....sampai sini dulu....bye

No comments:

Post a Comment