Pages

Sunday 22 September 2013

Nilai Persahabatan

Assalamualaikum
cuti2 hujung minggu ni, tak kemana2, bertapa jee  kat rumah. Dua orang anak gadis saya tu, masing2 kat kolej, jadi dapat kami suami isteri berehat kat rumah. Bestnya dapat merehatkan badan dan otak ! ! Penat badan ni tak sudah2, maklum dah berusia begini.....nasib baik jugak kaki saya dah pulih dari sakit2. Kalau tidak kaki sebelah kiri ni, nak sujud waktu solat, kan main sakitnya lagi. Alhamdullillah sejak buat terapi di Tesco, Rawang hari tu bertambah kurang la kesakitannya....
Hari ni dah 22 September 2013. Minggu depan keluar la gaji, kan....suami dah libang libu, asyik dapat call dari anak2 untuk belanja mereka. Selalunya, saya la jadi mangsa keluarkan duit untuk anak2! ! Aduhai, nasib la pandai berjimat, boleh je bank in duit untuk anak2. Ini bukan nak bangga diri atau mengeluh, itu la hakikat kehidupan  ini. Itu baru 2 anak, bagaimana yang anak semua sedang belajar macam adik2 saya, Nozi dan Eri, semua anak2 tinggal asrama dan sambung belajar.....aduh pening kepala nak sediakan duit poket untuk anak2. Zaman sekarang, duit dalam tangan tak cukup2, dengan barang naik harga, duit minyak keretanya, duit tolnya, duit belanja hari2 dengan barang2 keperluan sehariannya, kena pandai la berjimat dan berbelanja berhemah, kata orang, kalau tidak, gali lubang, tutup lubang tiap bulan.....
Ok,
dah berdua je suami isteri kat rumah, sunyi laa pulak ! ! pergi rumah sewa si Eija kat Sabak tu ada la anak kucing baru lahir, konon nak bela nanti.....huh.....tercapai tidak impian ni, wallahhualam.....embah tuan rumah Eija pun tak kisah, sekiranya saya nak bawa pulang sekor anak kucing tuuu.....cerita pasal kucing ni, saya ada baca di internet, ada kucing yang berkawan baik dengan musang.....pelik ke tidak ?










Apa macam, percaya tak lihat gambar2 kat atas ni ? tu dia, binatang pun reti nak berkawan, apa lagi kita manusia ni. Jadi, hargailah persahabatan kita, tak kira la, dengan rakan sekerja ke, rakan facebook ke, rakan kursus ke, apa lagi kita adik beradik dan anak beranak, lagi patut jaga. Terutama hubungan kita daengan suami, anak2 khasnya. Jangan la ada sifat membenci dan bangga diri. Selalu la muhasabah diri ! !
Kita hidup di dunia ni, sementara je selagi tidak dipanggil tuhan, hidup laa kita. Bayangkan, hidup yang sementara ini la kita kenal mengenal antara satu sama lain, hidup yang sementara ini la, kita berpeluang menikmati segala keindahan alam, belajar cara hidup paling sempurna dan menabur bakti kepada diri kita sendiri, ayah ibu, suami isteri, anak2 cucu cicit dan keturunan kita hanya dengan satu matlamat kehidupan iaitu mencari Keredhaan Allah.....subhanallah.....semoga kita sentiasa hidup berkasihsayang dan selamakan bumi ini dari malapetaka yang kita cipta sendiri ! !

No comments:

Post a Comment